Wednesday, June 18, 2008

**WaHai WaNiTa**


Wahai wanita, anda adalah perhiasan.
Dunia ini menjadi indah kerana adanya
anda yg bernama wanita. Tanpa anda dunia
pasti diselubungi sugul. Para lelaki yg
mendiami bumi ini akan ketandusan kasih.
Dunia pasti tidak menarik untuk didiami.
Rasanya dunia akan penuh dengan
kekejaman dan perbuatan2 ‘sampai hati’
sesama sendiri..

Wahai wanita, anda ibarat rama-rama yg
mengindahkan lagi alam. Anda telah
menyempurnakan keindahan bunga.
Sempurnalah keindahan apabila bunga
dikitari sang rama-rama. Namun anda yg
bernama wanita, mengapa ramai sekali yg
sengaja merosakkan diri di tengah2
kebuasan lelaki..

Memang keinginan untuk berteman fitrah
insan, tapi tak usah mangsakan diri anda
untuk lelaki yg kurang perasaan.
Tamsilkanlah diri anda sebagaimana
rama-rama. Keindahan anda mudah terlerai
sebagaimana mudahnya rama-rama terlerai
daripada keindahannya apabila ia disentuh..

Tatkala rama-rama sudah hilang
keindahan, tiada siapa akan pedulikannya
lagi. Memang ramai wanita berasa bangga
apabila ia digilai ramai lelaki. Tapi
wahai wanita, sayap anda yg indah itu
pasti luntur sedikit demi sedikit,
melekat dijari lelaki tatkala dia
menyentuh anda, sebagaimana sayap
rama-rama berpindah coraknya kejari anda
tatkala anda menyentuh serangga yg kecil
itu..

Apakah anda tidak berasa rugi? Apakah
anda tidak berasa apa2 yg hilang?

Jika anda seorang wanita sejati, anda
patut berasa rugi sebab ketahuilah,
lelaki amat berbangga sekali apabila dia
dapat meletakkan tangannya keatas tubuh
anda sedangkan dia tahu, dia tidak
berhak berbuat begitu. Bezanya lelaki
dengan wanita, lelaki tidak kehilangan
apa2 biar berapa ramai wanita yg berada
disekelilingnya, tapi anda pasti rugi
setiap kali ada tangan2 yg tidak berhak
hinggap di tubuh anda..

Hanya dengan sekali sentuh corak
rama-rama sudah boleh musnah, kalau dua
kali sentuh mungkin seluruh coraknya
tiada, kalau tiga kali sentuh tidak
mustahil sayap yg asalnya indah itu
terkoyak. Jatuhlah sang rama-rama diatas
tanah tanpa siapa mempedulikannya lagi..

Lihatlah kehidupan dari sudut yg begini.
Agar dengan itu anda dapat memelihara
diri daripada menjadi habuan sang lelaki
yg hanya ingin mencalitkan noda keatas
diri anda. Apa untungnya digilai dan
diminati, kemudian berkorban sesuatu
apabila ditagih atau diragut dengan
kasar, kemudian anda ditinggalkan pergi.
Di manakah nilai anda setelah jatuh ke
tanah dan kedua2 belah sayap anda telah
tiada..

Wahai wanita, kasihilah diri anda dengan
menjadikan diri anda berharga. Nilai
anda tentu terletak pada harga diri yg
hanya sanggup dibayar oleh seorang
lelaki dengan harga kejujuran. Apalah
ertinya digilai kalau yg menggilai hanya
lelaki yg tidak tahu diri..

Anda sama sekali tidak berharga biarpun
tinggi nilainya di mata lelaki yg
tahunya melihat anda sebagai ‘alat’.
Tapi anda ibarat mutiara dipuncak bukit
di mata seorang lelaki yg jujur. Memang
sukar sedikit untuk mencari mereka. Biar
terlewat, sebab bersikap pemilih
daripada tersalah pilih. Lelaki terbaik
tidak mudah ditemui di mana2. Dia satu
dalam seribu. Sudah tentu untuk
mencarinya payah. Itu lebih baik
daripada bertemu insan yg salah,
sudahnya hanya mencemarkan hidup anda..

Biar hidup sendiri dan selesa membina
pahala daripada hidup berdua tetapi
menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar
hidup seorang dan berenang menuju TUHAN
dengan selesa dan bahagia, daripada
hidup berdua dan merasakan diri masih
menggoda untuk semua. Biar hidup sendiri
dan masih kekal serinya daripada
dikelilingi lelaki tetapi telah hilang
maruah diri. Biar lambat bertemu jodoh
tetapi tinggi peribadi daripada cepat
jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan
pergi..

Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya
yg terang dan indah daripada sang
kelkatu yg menerjah api. WAHAI WANITA,
HARGA DIRI ANDA, ANDA YG MENENTUKAN…

No comments: