Sunday, December 12, 2010

12/12/10............1st Anniversary

Buat Suami ku…..

Sayang mengutus sajak buat abang

Sebagai tanda kesyukuran atas kurniaan

Menjadi zaujah kepada seorang mujahid

Yang tidak pernah gentar akan segala dugaan


Kekuatan mu menjadi sumber inspirasi ku

Kebijaksanaan mu menjadi panduan untuk ku

Kelebihan mu menjadi pelengkap hidup ku

Kerana aku di ciptakan menjadi zaujah mu


Suami ku,

Saban hari ucapan maaf ku tuturkan

Setiap hari banyak dosa yang aku lakukan

Namun…kau seorang zauj yang penyabar

Engkau tidak pernah mengeluh

Sabar dengan kerenah zaujah mu


Zauj ku,

Setelah setahun bersama

Aku di layan seperti puteri raja

Di tatang bagai minyak yang penuh

Aku ‘membesar’ dengan kasih sayang yang cukup

Malah di manjakan seperti anak kecil

Yang baru belajar mengenal erti kehidupan

Engkau tidak pernah meninggikan suara

Apatah lagi me’naikkan’ tangan

Aku bahagia di samping mu


Zauj ku,

Setelah setahun melayari bahtera rumah tangga

Suka duka telah kita lalui bersama

Aku mula belajar erti pengorbanan seorang mujahid

Aku mula belajar pengorbanan seorang isteri

Aku mula menghargai pengorbanan seorang suami

Yang tidak pernah berputus asa mencari nafkah

Memberi yang terbaik untuk zaujah mu


Abang,

Terima kasih atas segala pengorbanan

Masa, tenaga, wang ringgit

Tidak akan aku sia-siakan

Semoga aku di beri peluang

untuk berkhidmat kepada mu

sehingga akhir hayat ku


Suami ku,

hanya sajak ini yang mampu aku nukilkan

buat zauj ku yang tersayang

sebagai tanda terima kasih

dan kesyukuran menjadi zaujah mu


Zauj ku,

Semoga kita tidak lupa untuk bersyukur

atas segala kurniaan yang ALLAH berikan ini

semoga kita sekeluarga sentiasa dalam rahmatNYA

semoga kita di kurniakan cahaya mata

yang soleh dan solehah, bijak, sihat, sempurna

dan menjadi mujahid seperti mu

menjadi pengikat kasih antara kita

insyALLAH…….


Zauj ku,

Terimalah sajak ini

Sebagai hadiah

Sempena ulang tahun perkahwinan kita

Yang pertama…………

p/s: jangan nowty2 yer....hehe

Friday, November 19, 2010

Salam Aidil Adha Dari Kami


Selamat Hari Raya Aidil Adha..masih dalam ‘mood’ raya..dah mula bercuti panjang untuk semester ni..nak buat ape ek cuti ni? Cam xd plan best jer…lebih kurang 6 minggu cuti ni..erm….akhir tahun ni ramai la yang akan melangsungkan perkahwinan..huhu..teringat cam tahun lepas..mula cuti je sibuk buat persiapan kahwin..tp xd la cbok sgt pon benanye..hehe..ha ni, ramai la tengah cbok wat persiapan kahwin.. termasuk la sepupu ku dan jugak rakan sekelas ku..tahniah..heheh
Tahun ni beraya haji dengan family mentua..alhamdulillah..seronok sangat raya haji ni, maklumlah baru dapat anak sedara ngan anak sepupu…wah…best2…2 2 pompuan..
Hum…memangnye cuti ni masa untuk cari duit lebih ckit, nak kerja..tapi xtau nak keje ape..sekarang ni wat business baju labuh untuk dewasa, remaja, kanak-kanak dan ibu2..sila lah melawat FB saya yer…
Kami akan balik bercuti di Besut pada 6/12 hingga 17/12, insyALLAH…menghabiskan masa dengan keluarga di kampung lame ckit sebelum mulakan semester baru pada tahun depan. Tahun depan dan semester 7, agak cbok, cuti pon belum tentu boleh balik kampung, dengan kos yang agak tinggi, banyak yang perlu dipertimbangkan..kene betul2 plan belanjawan..huhuhu
Mengikut plan untuk cuti ni, kami nak berniaga baju2 di Pasar Tani kat Melaka, tiap2 minggu akan ulang alik Melaka-Bangi, dengan motor aje lebih jimat minyak ..insyALLAH ada rezeki lebih boleh la buat belanja nak balik Besut nanti..
Tibe-tibe…pada satu pagi..saya dapat tawaran kerja..ngajar ngaji, hafazan n tajwid…alamak!! Cam mana baju2 ku..heheh..okeh, kene musyawwarah semula ni..pendapatannya boleh tahan jugak… “ish,betulkan niat, nak ngajar ngaji kene ikhlas,”kata suami ku..okeh..kite kene ambil kira pro n kontra..dari segi pendapatan n kos yang akan di tanggung.
Bincang punya bincang..musyawwarah..di sini ada dua pilihan..kedua-duanya mempunyai kepentingan dan merupakan keperluan..dulu masa belajar ekonomi, kalo ada 2 barang keperluan, pengguna terpaksa membuat pilihan dan akan ada kos lepas iaitu barang yang perlu dilepaskan kerana telah memilih barang yang lagi satu.
Jadi, kami pon dalam situasi yang sama…keputusannya, kami telah memilih untuk mengajar ngaji, kerana sebab utamanya, kami tidak perlu ulang alik Melaka-Bangi..dengan pendapatan yang tetap, kami boleh plan..keadaan ini pon same situasi dengan orang yang kerja sendiri dan orang yang makan gaji..kalo makan gaji, gaji tetap, semua perbelanjaan harapkan gaji bulanan yang dapat.. tp, berbeza dengan yang kerja sendiri cm berniaga..bergantung pada untung, nasib dan rezeki. Kalau usaha lebih, ade ramai pelanggan, dapat lah rezeki lebih..untung banyak, boleh belanja banyak..huhu
So…dalam konteks ni, kami memilih untuk mendapatkan gaji tetap, dengan mengajar ngaji memandangkan ianya hanya sekitar Bangi..suami saya pon kerap berprogram di Bangi pada hari minggu, dan hanya boleh berniaga pada hari selasa sahaja…erm…hopefully, dengan keputusan yang telah di ambil ni, memberi seribu rahmat kepada kami sekeluarga..insyALLAH
Tahniah…dan selamat menempuh alam rumah tangga kepada kawan2, kakak2 senior, adik2 junior dan specially sepupu ku yang akan melangsungkan perkahwinan pada cuti ni…minta maaf kerana kami tidak dapat memenuhi semua undangan walimatul urus atas beberapa faktor seperti jarak dan masa.
Alhamdulillah, usia perkahwinan kami sudah mencecah 11 bulan 1 minggu pada hari ini..sekejap je rasa..masih dalam ‘mood honeymoon’..semoga perkahwinan kami diserikan dengan cahaya mata yang soleh dan solehah, comel2, sihat2.. dan kekal hingga ke akhir hayat..amiin..

Sunday, October 17, 2010

Baby oh BabySitter


assalamualaikum......

huh..penat nye menjadi babysitter...baru 2 hari menjaga baby2...dah rasa nak pengsan..huhu...tapi, satu pengalaman yang tak dapat di lupakan...

masa mula2 di ajak menjadi ajk babysitter fulltime, terpaksa menolak atas sebab2 yang tak dapat di elakkan..kalo ikut kan hati, rasa nak jugak jadi babysitter ni, aku ni suke budak2..jadi, tak nak lah lepaskan peluang..tp, memandangkan masa tidak mengizinkan, terpaksa lepaskan peluang....

Pengorbanan yang sedikit inilah yang mampu aku sumbangkan...aku kuatkan diri dan terima tawaran sebagai petugas part-time...balik dari Perhimpunan Kebangsaan Guru 1Malaysia, berehat sebentar, aku terpaksa mengerahkan kudrat suami untuk hantar ke GMI di mana baby2 yang di tinggalkan oleh umi2 mereka yang ade program selama 2 hari di GMI..

Sampai di apartment, aku naik tangga ke tingkat8, gara-gara tak jumpe cari lif..huhu.. penat ckit la, tp ok jer...dari luar dah kedengaran suara baby2 yang menangis2, meraung2....

aduh..takutnye...boleh ke aku nih..hehe...bayangkan seramai lebih kurang 30 orang baby yang berumur dari 10 bulan hingga lah setahun lebih, di jaga oleh babysitter yang tak sampai 10 orang pun..kalo sume senang dengar cakap, dok main diam2 je, okey lagi...tapi, kalo sume nak merap je dengan penjaga2nya, jenuh jugak..nak makan pon x sempat..huhu

yang paling kelakar nye, kalo dah sume ok je..penjaga2 boleh la tarik nafas ckit, tapi bile dah sorang nangis, nak dukung, mula la yang lain2 tu ngade2 nangis jugak..aduh, pening2...

paling kesian bile di hantar oleh mak2 dorg ni, tak mahu berpisah, terpaksa lah memujuk plak...huhu

ape2 pon, pengalaman sebagai babysitter tak dapar aku lupakan, walaupun agak penat, tapi seronok...at least aku dapat menyumbangkan sedikit tenaga...seronok melihat gelagat baby2 yang pelbagai...

semoga aku tabah menjadi ibu suatu hari nanti..insyALLAH...

** tak sabar nak jadi ibu..hehe


Friday, October 15, 2010

Ujian Untuk Kami

Assalamualaikum……

alhamdulillah..hari ini masih diberi kekuatan dan kesempatan untuk kembali ber ‘blog’ setelah sekian lama membiarkan blog ini bersawang……

Pada liqa’ yang lepas, kami bercerita mengenai hikmah sedekah…cerita punye cerita..aku hanya banyak mendengar…banyak mengelamun, mugkin tidak menumpukan sepenuhnya pada perbincangan tersebut…juga tidak banyak pengalaman yang ingin di kongsi..berdasarkan pengalaman-pengalaman ahli usrah yang lain, terasa kerdilnya diri ini, banyak manakah yang dah disumbang kepada fakir miskin, banyak mana lah sumbangan untuk pembangunan dakwah.. BERAPA??? & BERAPA???

********************

Hari berganti hari, kami menjalani kehidupan seperti biasa..setelah semua assignment dah di submit kepada pensyarah..sedikit sebanyak, kelegaan menyelubungi jiwa….
Sejak beberapa bulan kebelakangan ini, kami menghadapi sedikit masalah kewangan…bukan sedikit, hampir ‘bankrup’ jugak orang kate…nasib kitorg tinggal di rumah sewa, boleh la makan apa yang ada kat rumah, makan nasi dengan garam ke, dengan kicap ke, janji boleh makan untuk meneruskan hidup…

Orang kate perjalanan di jalan dakwah ni bukan senang…menuntut pengorbanan yang sangat besar..kami juga tidak terkecuali..walaupun tidak mampu menyumbangkan wang ringgit, dapat menyumbangkan tenaga pon sudah memadai..orang yang dalam perjuangan dakwah juga bertambah murah rezeki…alhamdulillah…kami tidak pernah lupa untuk bersyukur…

Perjuangan belajar juga memerlukan pengorbanan…time2 xdak duit ni lah banyak nak kene print, nak kene bayar itu ini….ya ALLAH…besarnya dugaan MU..bagi kami yang masih belajar dan telah berkahwin ni, tidak lepas daripada masalah kewangan…..aku redha…

******************

Hari berganti hari lagi…tidak ada apa2 yang boleh di masak, hanya tinggal sekampit beras…ya ALLAH…aku menangis….adakah aku tidak cukup mensyukuri nikmat MU selama ini ya ALLAH…namun, suami tetap mengajak ke pasar malam untuk membeli keperluan, sekadar sayur dan lauk untuk di masak…aku tahu, suami rasa ini tanggungjawab die untuk menjaga makan minum kami, tambahan pula masa ujian darah tengah hari tadi, aku kurang iodin..tidak cukup nutrient untuk menderma darah..suami nasihatkan aku supaya lebihkan makan sayur2…..

Aku akur….Berbekalkan RM20, kami ke pasar malam..selain untuk membeli keperluan, kami tekadkan dalam hati, bersedekah….sudah agak lama agaknya kami tidak bersedekah..justeru,hari ini kami di uji…

Pusing2 pasar, cari sayur2 yang agak murah tapi menawarkan kuantiti yang banyak…sume same jer..paling murah 1 barang/ bakul sayur dapat RM1. Satu ikat sayur RM1…aku langsung tidak bersemangat untuk membeli apa-apa…hampir setengah jam berlalu, aku ambil keputusan untuk membeli..sebelum membeli, kami sempat bersedekah RM1..hanya itu yang kami mampu, kalo terus membeli, kami bimbang, duitnya habis sebelum sempat bersedekah…xpe lah, kami bagi jugak….

ALLAH maha kuasa…..dengan hanya bersedekah RM1….kami dapat membeli sayur 3 bakul dengan harga RM2…sampai dirumah, suami aku bercerita tentang hikmah berdekah..baru lah aku perasan, duit yang kami sedekah RM1 tadi, kami dapat balik bile dapat beli 3 bakul sayur dengan harga RM2.. “kalo kite tidak bersedekah, mungkin kite kene bayar RM3 untuk 3 bakul….” Kata suami ku……

Ya ALLAH….aku hampir menitiskan air mata….terasa manisnya pahala sedekah itu…
Beberapa hari kami ke kelas tanpa membawa duti satu sen pun…tinggal duit syiling je dalam poket….beberapa hari kemudian, kami dijemput untuk menjadi fasilitator, Alhamdulillah…datang lagi rezeki…dengan hanya bersedekah RM1, kami dapat pulangan berlipat kali ganda….kemudian, malam nye pulak, ada jiran menghantar lauk ayam percik lagi untuk makan malam….ya ALLAH…sekali lagi aku rasa air mata ini hampir menitis….tunduk bersyukur pada MU ya ALLAH….

*******************************

ALLAH balas tunai setiap perbuatan….ALLAH maha ADIL….aku percaya tu…

Jika kita buat baik walau sebesar zarah..balasan baik lah yang akan kite dapat..jika kite buat jahat walau sebesar zarah..ALLAH maha mengetahui..mungkin kite menyakiti hati orang, satu masa kite akan di sakiti…aku selalu letakkan dalam hati…JANGAN…JANGAN…JANGAN…ALLAH akan balas tunai.. mungkin bukan pada diri kite..tapi, anak cucu kite, keluarga kite…nauzubillah…

wallahu'alam....

Wednesday, March 17, 2010

Dengarlah Wahai Suami Ku Sayang

Sekarang ini, ramai para suami yang ambil mudah dan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Sikap ambil mudah dan tidak peduli suami ini menyebabkan banyak masalah rumahtangga yang timbul. Rumah tangga yang sepatutnya menjadi tempat istirehat, tempat bermesra, tempat mendapat kasih sayang, tempat yang dapat memberikan ketenangan pada si isteri dan si suami, telah menjadi sebaliknya. Tiada lagi harmoni, tiada lagi ketenangan, tiada lagi kebahagiaan yang dapat dirasai dalam kebanyakan rumahtangga sekarang. Mengapa ini terjadi?

Salah satu punca utama yang menyebabkan kita tidak dapat merasai ketenangan, tidak merasai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga ialah kerana disebabkan kegagalan suami berperanan sebagai suami yang mithali.

Berikut adalah 21 pesanan isteri kepada suami, yang saya kira perlu diambil perhatian serius oleh semua yang bergelar suami. Baca dan cubalah amalkan setakat yang termampu.

1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.

4. Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan sernata-mata untuk penuni nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri Cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong
jimatkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami”degil” tak nak minta pertolongan. Selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan perempuan kedekut!.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda buat?

18. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya.

19. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, anda juga yang rugi!

Artikel ni saya copy sepenuhnya dari web ni..
http://pakarhowto.com/PesananUntukSuami.pdf

Untuk Blog yang dah Bersawang

Setelah sekian lama menyepi…alhamdulillah aku masih di beri kesempatan untuk mengupdate blog ni..rindu sangat ngan blog ni..tapi tuntutan tanggungjawab perlu di utamakan…lagipun, xtau ape nak tulis untuk update blog ni..xd masa nak search isu2 terkini…tengah bercuti seminggu ni la aku berkesempatan untuk mencari beberapa artikel yang agak berkaitan dengan kehidupan aku sekarang ni…kire isu semasa jugak la yer..hihi…

Artikel ni dah lame dah jumpe, post kat blog, sebagai rujukan untuk diri sendiri jugak la…semoga bermanfaat….insyALLAH…

PESANAN RASULULLAH KEPADA PUTERINYA

SAIDATINA FATIMAH AZ-ZAHRAH R.H

v Nabi SAW bersabda kepada puterinya; Hai Fatimah, setiap isteri yang membuatkan tepung untuk suami dan anak-anaknya, maka Allah mencatat baginya memperoleh kebajikan dari setiap butir biji yang tergiling, dan menghapus keburukannya serta meninggikan darjatnya.

v Hai Fatimah, setiap isteri yang berkeringat di sisi alat penggilingnya karena membuatkan bahan makanan untuk suaminya, maka Allah memisahkan antara dirinya dan neraka sejauh tujuh hasta.

v Hai Fatimah, setiap isteri yang meminyaki rambut anak-anaknya dan menyisirkan rambut mereka dan mencucikan baju mereka, maka Allah mencatatkan untuknya memperoleh pahala seperti pahala orang yang memberi makan seribu orang yang sedang kelaparan, dan seperti pahala orang yang memberi pakaian seribu orang yang telanjang.

v Hai Fatimah, tetapi yang lebih utama dari semua itu adalah keridhaan suami terhadap isterinya. Sekiranya suamimu tidak meridhaimu, tentu aku tidak akan mendo'akan dirimu. Bukankah engkau mengerti, hai Fatimah, bahawa ridha suami itu menjadi bahagian dari ridha Allah, dan kebencian suami merupakan bahagian dari kebencian Allah.

v Hai Fatimah, manakala seorang isteri mengandung, maka para malaikat memohon ampun untuknya, dan setiap hari dirinya dicatat memperoleh seribu kebajikan dan seribu keburukannya dihapus. Apabila telah mencapai rasa sakit (menjelang melahirkan) maka Allah mencatatkan untuknya memperoleh pahala seperti pahala orang-orang yang berjihad di jalan Allah. Apabila ia telah melahirkan, dirinya terbebas dari segala dosa seperti keadaannya setelah dilahirkan ibunya.

v Hai Fatimah, setiap isteri yang melayani suaminya dengan niat yang benar, maka dirinya terbebas dari dosa-dosanya seperti pada hari dirinya dilahirkan ibunya. Ia tidak keluar dari dunia (yakni mati) kecuali tanpa membawa dosa. Ia menjumpai kuburnya sebagai taman surga. Allah memberinya pahala seperti seribu orang yang berhaji dan berumrah, dan seribu malaikat memohonkan ampunan untuknya hingga kiamat. Setiap isteri yang melayani suaminya sepanjang hari dan malam hari disertai hati yang baik, ikhlas dan niat yang benar, maka Allah mengampuni dosanya. Pada hari kiamat kelak dirinya diberi pakaian berwarna hijau, dan dicatatkannya untuknya pada setiap rambut yang ada di tubuhnya dengan seribu kebajikan, dan Allah memberi pahala kepadanya sebanyak seratus pahala orang yang berhaji dan berumrah.

v Hai Fatimah, setiap isteri yang tersenyum manis di muka suaminya, maka Allah memperhatikannya dengan penuh rahmat.

v Hai Fatimah, setiap isteri yang menyediakan diri tidur bersama suaminya dengan sepenuh hati, maka ada seruan yang ditujukan kepadanya dari langit. "Hai Wanita, menghadaplah dengan membawa amalmu. Sesungguhnya Allah telah mengampuni dosa-dosamu yang berlalu dan yang akan datang."

v Hai Fatimah, setiap isteri yang meminyaki rambut suaminya demikian pula janggutnya, mencukur kumis (misai) dan memotong kuku-kukunya, maka Allah kelak memberi minum kepadanya dari rahiqil makhtum (tuak jernih yang tersegel) dan dari sungai yang ada di syurga. Bahkan Allah kelak akan meringankan beban sakaratul maut. Kelak dirinya akan menjumpai kuburnya bagaikan taman surga. Allah mencatatnya terbebas dari neraka dan mudah melewati sirath (titian). Wallahu’lam.....

Atas kesedaran ini, saya tahu ramai wanita diluar sane tu berusaha untuk menjadi isteri seperti ini, walau penat mana pun para isteri di luar rumah, di rumah die tetap IKHLAS menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Jadi, para suami patut lebih memahami isteri yang bekerja seperti anda, isteri yang kepenatan mungkin tidak dapat berfikir dengan rasional, silap ckit nak merajuk, mintak dipujuk, mintak dimanjakan..suami yang bekerja pon kenelah faham jugak, kalo isteri merajuk atau melenting tu, bukan saje2, beri isteri anda masa untuk menenangkan fikiran die..jangan la bile isteri anda merajuk, anda pulak nak marah... walau sensitive mana pon isteri anda, ketahuilah bahawa die sangat ikhlas menunaikan tanggungjawab kepada anda...

Sekadar Perkongsian Untuk Muslimat.........