Sunday, June 28, 2009

LUPAKAN SEKETIKA....

ALHAMDULILLAH... bersyukur kepadaNYA kerana masih memberi nikmat hidup dan kesihatan yang baik kepada diri ini..
Dah seminggu memulakan semester baru di IPIS ni, everything okey la.. cume yang bezanya, sem ni aku jadi pen.Ketua Kuliah, so hidup x seselesa sebelum2 ni.. termasuk jugak beberapa jawatan lain yang di pertanggungajwabkan sebagai amanah yang ku kira berat jugak la, bukan senang jadi pemimpin ni. pe2 pon aku harap sem ni bertambah2 okey berbanding sem2 lepas.. ye la, sume nak lebih baik je kan dari hari ke hari..

Dalam entry ni, aku x nak menceritakan tentang segala2 tugas yang ada, sebab hari ini, aku cam dah lupe sal beberapa tugas yang aku perlu selesaikan dalam minggu ni.. nak tau tak nape??? sebab... hari ni, aku dan segerombolan lagi penghuni blok D tp aras 2 je la, kitorg g mandi kat sg.Gabai.. waaa.. dah lame rase x merendam kan badan dalam air sejuk yang semula jadi.. sangat seronok!!

Ni kire first time aku g picnic kat sg.Gabai ni, dah nak masuk 3 tahun kat cni, ni la baru berpeluang g picnic kat salah satu sungai yang ada kat selangor ni.. sungguh tak berkembang rasanya, hihi...

kitorg bertolak seawal jam 8 pagi lagi.. al-maklumla hari mggu ni kene g awl2, nnt ramai org, x best plak nak mandi.. seawal pagi lagi aku rasa cam xcited sgt.. yer la, nak g mandi sungai katakan,huhu..

kitorg sampai dalam kul 9 lebih la, pastu bagi2 barang ckit2 sorg.. sebab katenye kene nek tangga tinggi kalo nak mandi kat air terjun yg best.. tinggi sangat ke?? hum.. riso jugak rase, maklum lah pernah ade pengalaman jatuh tangga, tu yang rs cam x sedap hati jugak, tambah2 musim2 ujan ni.. tapi, ALHAMDULILLAH.. sepanjang nek tangg tu xd pe2, sempat jugak pose beberapa aksi, hihi.. hum.. bleh tahan jugak la tangga die, tp kami sume berjaya sampai dengan selamat nye,huhu..

Masa sampai kat atas tu... waaa... best nye tgk air terjun die, masa tu x ramai sgt org.. kire kitorg dapat cari port best la nak lepak2, makan2 dan mandi2.. siap makan2 nasi kat dalam sungai tuh, mmg best la, kawan2 ni pon bleh tahan jugak la dorg pny seronok, ramai2 kan, mest la seronok.. bile lg nak kuar cm ni kan.. pas tu, dah menjengah tengah hri, semakin ramai org, aku pon cm x berapa best dah nak mandi, so, buat keputusan nek je la, rendam2 kaki je, huhu..

Lame jugak la kat atas tu, memang x puas mandi, nek turun, nek turun, huhu.. yang agak kelam kabut bile aku ttbe licin kat batu, mmg hampir tenggelam di buatnya, dah la x pandai berenang, bleh tahan jugak besar batu nye.. dengan kamera kat tangan.. yang kelakar nye, dah nak tenggelam pon masih nak selamatkan kamera tu, huhu.. sakit jugak kaki kene batu besar tu, hu2.. tp sebab seronok sangat.. xd sakit sgt pon.. aku pon seolah2 cm lupe sal tugas yang perlu di bereskan menjelang esok.. rasa tenang tengok air terjun yang indah itu..

lebih kurg kul 12 lebih, kitorang bertolak la balik ke IPIS.. masing2 menunjukkan wajah2 yang ceria dan puas dengan rekreasi hari ini... alhamdulillah...
Terima kasih kepada ketua blok, sebab byk berusaha nak dapatkan kelulusan dari pentadbiran bagi membolehkan kite sume dapat kuar bersame2 pada hari ini.. dan sebab aku sendiri yang teman ketua blok aku ke hulu ke hilir nek turun di hep tu, jadi aku tau la betapa bgus nye ketua blok aku ni, dan betapa sedih nye bile ade yang tak nak join rekreasi hari ni tanpa sebab.. xpe ketua blok, kami yang sporting ni, tetap menyokong usaha anda, hihi..

Sampai2 di IPIS dalam kul 2 lebih, terus solat zohor. ha, roomate aku n da geng dok makan durian yang di beli masa on da way nak balik td, huhu.. waa.. bau semerbak satu asrama, tp aku x join la, amek bau je, hihi.. bukan x nk join, mmg ske jugak makan durian, tp rs cm xnk makan, maaf la ye roomate, huhu.. pas masuk2 gambar2 g picnic td, terus terlena seketika.. agak kepenatan rasanya mandi air sungai hari ni...

Hum..tu je la, kisah nye.. sj je post entry ni, dah agak lame jugak xd post baru, xd mase nak mengarang artikel2, huhu.. so, buat seketika lupe kan tugas2 yang perlu di bereskan.. pas ni, aku kene menyambung nye kembali.. tanggungjawab tetap tanggungjawab..

Okey la.. sampai berjumpe lagi di entry yg akan datang.. insyALLAH...
semoga keseronokan dan kegembiraan di sg.Gabai hari ini tidak berlalu begitu saje.. terus2 ingt akan kawan2, setengah hari bersama.. semoga ikhwah yg terbina kekal selamanya....
UKHWAH FILLAH ABADAN ABADAN

wajah kanak2 yang kepingin mandi sungai..























-dok tunggu driver bus... lambat plak driver bus nih.. x sabar nak mandi sungai ni-











-mulakan perjalanan dengan doa-













- dah sampai.. bersiap2 sedia nak panjat tangga, ayuh!!-































-SUBHANALLAH-












-beratur jangan x beratur, hihi-

















-best nye...-









-ngan 'camera woman' aku, hehe-













-kesejukan da, posing mesti bek punye-



















-ngan ketua blok aku nih-














-tgk, sume hepy kan dapat mandi sungai, hihi-












-da puas mandi dah-














-bye! bye! sg.Gabai-







**ni je la gambar untuk post kali ni, nak tengok byk2, meh2 datang sedut gambar korang, huhu.. harapnye bukan hanya keseronokan dan kesejukan yang kite dapat kat sg.Gabai ni.. yep!
ALL THE BEST SUME!!

Monday, June 15, 2009

KASIH SAYANG TANPA SYARAT

Isu-isu kehidupan yang melibatkan hubungan sesama manusia boleh diselesaikan menerusi hubungan perasaan kasih-sayang. Walau apa cabaran hidup yang mendatang, kebahagiaan dan kedamaian boleh di kembalikan bila mana perasaan kasih sayang ini dapat di jelmakan semula. Nilai kasih sayang yang ALLAH campakkan ke dalam sanubari setiap insan perlu disuburkan agar nikmat kebahagiaan dapat di rasai oleh semua.

Persengketaan sesam insan sering menenggelamkan perasaan kasih sayang yang sangat tinggi nilainya. Persekitaran hidup yang sebelumnya indah, kini di penuhi dengan perasaan kebencian, dendam dan sebagainya. Segala kebaikan yang pernah dicurahkan, semuanya terpadam daripada ingatan. Perkara yang berlegar-legar di fikiran hanya rancangan-rancangan negative yang bakal menambah kelukaan jiwa ke tahap yang lebih parah.

Justeru itu, dalam mengharungi apa jua kemelut yang berlaku, hidup dan suburkan kembali rasa kasih dan sayang ini. Nilai kasih dan sayang ini perlu di tingkatkan lagi ke tahap yang lebih tinggi. Tahap yang di maksudkan ialah kasih dan sayang yang tidak bersyarat atau kasih sayang tanpa syarat.

Ada kalanya, dalam hidup ini perasaan kasih sayang masih belum mencukupi. Lebih-lebih lagi bila kasih sayang itu dilingkari dengan syarat-syarat tertentu. Ia masih belum mampu mengubah persekitaran yang ada. Apa yang diperlukan adalah kasih sayang yang lebih tulus dan kudus, kasih sayang tanpa syarat.

Bukankah kasih sayang ALLAH pada kita tanpa syarat? Dia menjadikan kita dengan sempurna tanpa mengharapkan apa-apa daripada kita. Kalau dihitung segala pemberian Tuhan kepada kita, maka tentunya kering air laut menjadi tinta, tidak habis kalau kita hendak menghitung pemberian ALLAH. Demikianlah kasih sayangNYA pada kita.

Begitu juga seharusnya berlaku cetusan emosi kasih dan sayang sesam insan mengikut prinsip yang sama. Kasih sayang di antara seorang ibu dan anak bukanlah kerana si ibu mengharapkan masa tua anak akan membalas jasa.

Hubungan cinta dan kasih sayang tanpa syarat ini juga terpancar dalam kisah Nabi Ibrahim A.S. cinta Nabi Ibrahim A.S. kepada ALLAH tidak dapat digambarkan apabila dia sanggup mengorbankan Nabi Ismail A.S. apabila turun perintah dari ALLAH supaya beliau melakukannya sekalipun Nabi Ismail A.S. merupakan putera yang amat dikasihinya setelah sekian menunggu kelahirannya begitu lama sehingga menjangkau usia tuanya.

Inilah tanda kekhalifahan manusia yang ALLAH S.W.T tunjukkan pada para malaikat, kehebatan manusia dalam membuktikan cinta dan kasih sayang yang memberikan tenaga yang cukup kuat dalam hubungan dengan ALLAH S.W.T dan manusia lain.

Inilah bentuk kekuatan kasih sayang tanpa syarat yang dimaksudkan. Ikatan cinta dan kasih sayang yang kental menjadi sumber daya yang dapat meledakkan kejayaan dunia dan akhirat. Semarak api kasih dan sayang membolehkan individu melakukan kerja dan amal dengan penuh kejayaan.

Sesungguhnya cinta dan kasih sayang merupakan perasaan yang cukup murni sekiranya ianya dapat digembleng dengan kecerdasan spiritual. Cinta suami kepada isteri, begitu juga sebaliknya, tidak harus diletakkan apa-apa syarat selain untuk mendapat keredhaan ALLAH. Isteri tidak akan mengeluh kepenatan melayan suami dan anak-anak lantaran apa yang dilakukannya sekadar mencari limpahan rahmat dan keredhaan ALLAH. Lantas mencari keredhaan ALLAH itu menjadi matlamat akhir sebuah bahtera kasih sayang dan kecintaan dalam keluarga.

Begitu juga cinta ibu bapa kepada anak-anak, tidak harus diletakkan apa-apa syarat selain mendapat keredhaan Ilahi di atas anugerah yang penuh bermakna itu. Anak-anak dibelai dan dididik dengan penuh kasih sayang. Biarlah ALLAH limpahi kasih sayangNYA ke dalam hati dan perasaan mereka lantas menjadi hamba-hamba ALLAH yang beriman dan bertaqwa.

Waimma cinta muda mudi, kalau diletakkan dalam erti kata yang murni, maka murnilah jadinya. Menerima cinta seseorang dengan harapan menggembleng kekuatan tenaga yang lahir dari semarak cinta menuju ke jalan ALLAH, maka cinta itulah yang mendorong ke arah pencarian ilmu pengetahuan, kemahiran dan pengalaman, supaya cinta dan kasih sayang itulah yang melahirkan bakal individu professional yang mencintai diri, keluarga, Negara dan agamanya.


MENGURUS CINTA DAN KASIH SAYANG

Mengurus cinta dan kasih sayang samalah juga dalam kaedah pengurusan stress. Kita harus professional dalam mengurus perasaan marah, benci, tekanan dan ketegangan, maka kita juga sepatutnya lebih professional dalam mengurus perasaan cinta dan kasih sayang. Punca dari kesilapan mengurus perasaan inilah yang mengakibatkan kita terjebak dalam stress. Disinilah wujudnya kaedah dalam pengurusan stress.

Kalau kita boleh mengurus cinta dan kasih sayang, maka tidak timbul persoalan pengurusan stress. Akibat daripada hilangnya kebijaksanaan (wisdom) dalam pengurusan cinta terhadap individu kelompok dalam situasi kerjaya, maka kita membenci persekitaran kerjaya. Begitu juga akibat daripada kurangnya profesionalisme dalam pengurusan keluarga, maka berlaku pertelagahan rumah tangga, bertukarlah perasaan cinta menjadi api persengketaan yang membawa kepada penceraian.

Begitu juga halnya cinta kepada budaya ilmu yang tidak mendalam, maka alam pengajaran dan pembelajaran menjadi jumud, membosankan malah menjadi medan mewujudkan generasi yang rosak akhlak.
Sepatutnya, wahana persekolahan dan pusat pembelajaran menjadi tempat penjanaan tenaga cinta dan begitu kasih sayang yang begitu semarak, menerbitkan bibit-bibit cinta kepada ilmu pengetahuan dan pengalaman. Apa yang di khuatiri, bukan sahaja pelajar menjadi bosan dan keliru mengapa mereka perlu berada disitu, malah tenaga pengajar dan guru memilih kerjaya guru sebagai pilihan terakhir. Maka hilanglah kekuatan tenaga dalaman yang menyebutkan guru sebagai murabbi (pendidik).
Dengan kata lain, apabila cinta dan kasih sayang sarat dengan syarat-syarat yang akhirnya meletakkan tenaga percintaan dan kasih sayang sebagai pusat mencetak masalah dan tekanan.

Sehubungan dengan itu, cinta dan kasih sayang sepatutnya dikembalikan pada tempatnya. Perasaan cinta dan kasih sayang menjadi fitrah semulajadi yang dapat menjana tenaga dalaman menuju kejayaan. Apa yang perlu dilakukan hanyalah membesarkan lagi perasaan kesih sayang ini ke tahap yang lebih mulia iaitu kasih sayang tanpa syarat.

Rasulullah S.A.W. telah menjelaskan, “tiga perkara, apabila ia ada pada diri seseorang, maka ia akan merasai kemanisan iman: hendaklan mencintai ALLAH dan Rasulullah melebihi yang selainnya, tidak mencintai seseorang melaikan cintanya itu kerana ALLAH dan ia benci kembali kepada kekufuran setelah ALLAH menyelamatkannya sepertimana ia benci dicampakkan ke dalam api neraka.”

Baginda juga bersabda, “ALLAH S.W.T berseru pada hari kiamat, Dimanakah orang-orang yang berkasih sayang kerana kebesaran-Ku. Pada hari ini Aku akan melindungi mereka dengan perlindungan-Ku, pada hari yang tiada perlindungan melainkan perlindungan-Ku.”

Justeru itu, binalah kekuatan rasa kasih sayang tanpa syarat dalam jiwa supaya emosi dan spiritual kita semakin mantap dan kukuh. Sesugguhnya kasih sayang inilah yang membahagiakan diri dan orang lain sekitarnya. Nantinya kasih sayang ALLAH tiada apa-apa syarat itu bakal sentiasa memayungi segala urusan kehidupan kita sehingga menjadi kehidupan yang diredhaiNYA..

sumber: -R ‘ESQ: majalah wanita, 12-18 Jun 2009-

Thursday, June 4, 2009

3 Hari 2 Malam

ALHAMDULILLAH.... dah habis Program Jati Diri Cemerlang untuk pelajar SPM 2009 di sekolah lame, SMKA Nurul Ittifaq, Besut.. walaupun sepanjang program, ade masalah2 ckit, bese la, lari ckit dari perancangan asal, tapi, yang penting, objektif untuk buat program ni tercapai.. yang seronoknya, pasukan fasilitator merangkap ahli jawatankuasa pelaksana merangkap jugak sebagai penganjur program tersebut terdiri daripada kawan2 sepasukan SPM 2005.. di beri name GABNI ALUMNI 2005..

Selain dapat menyumbangkan sesuatu kepada sekolah yang menjadi tempat menimba ilmu suatu ketika dulu, dapat jugak mengeratkan lagi hubungan antara fasi dengan fasi, dan jugak guru2.. ramai jugak cikgu2 yang mengajar dulu, masih lagi menjadi tenaga pengajar di situ.. Bak kata pengetua Puan Hjh Wan Sabariah bt. Wan Bakar, objektif utama penganjuran program2 seperti ini adalah tanda ingatan bekas pelajar SMKANI kepada sekolah, tanda pelajar2 sayangkan sekolah, tanda rasa tanggungjawab kami sebagai senior kepada adik2 yang akan menghadapi peperiksaan.. Alhamdulillah, cadangan kami untuk menganjurkan program ini disambut baik oleh pihak sekolah dengan kerjasama Pasukan Projek SPM 2009 dan Unit Kaunseling sekolah.

Seronoknya dapat berkumpul semula dengan rakan2 seperjuangan lame... masih ingat, suatu ketika dulu, masing2 bertungkus lumus belajar untuk menghadapi SPM, tiap2 minggu bersama-sama ke kelas tambahan.. kini.. masing2 boleh tersenyum bangga dengan bidang pengajian yang di ceburi.. walaupun masih belum bekerja, sekurang2nya impian sudah separuh tercapai untuk menceburi bidang yang di minati sejak sekolah dulu.. tinggal beberapa tahun je lagi untuk menamatkan pengajian dan melangkah ke alam pekerjaan.. aku juga sangat berbangga dengan kawan2.. kini, rakan seperjuangan sudah menjadi orang yang berguna.. sebagai bakal pendidik, inilah harapan terhadap anak didik aku pada masa akan datang.. pasti tersenyum bangga dapat anak didik macam kitorang, kan cikgu2!! Hihi..

Seribu kenangan yang di lalui bersama kawan2 sepanjang program, tidak dapat di gambarkan dengan kata2.. tidak pernah aku rasa seseronok cm ni.. sangat seronok.. berulang2 kali aku tengok gambar2 gelagat fasi2 sepanjang mengendalikan program.. suka duka bersama tidak akan aku lupakan.. ade rezeki nant, kite boleh berkumpul seperti ini lagi... ni baru 24 orang.. 13 lelaki, 11 perempuan.. dah kecoh tatkala berkumpul.. kalo sume lah ade, tak tau la nak cakap.. silap2 fasi2 yang kene jati diri, bukannya adik2.. hihi..

Sekurang2nya, masa cuti 3 minggu di kampung tidak la berlalu begitu saja.. memang memboringkan sebenarnya kalo xd pape keje nak buat kat umah ni.. orang kate, ni la peluang nak belajar masak ke kan.. tapi, xkan la smpai nak belajar masak 24 jam.. ade mase, nak jugak keluar dengan kawan2.. dapat berkumpul cam ni pun dah cukup buat aku.. nak keje ape 3 minggu.. kalo 3 bulan cuti, berbaloi la jugak nak cari keje kan.. dulu, kalo cuti, memang dok umah, kadang2 kuar g PID, kalo boring sangat, balik kampung teman nenek.. tu je la keje nye.. kire cuti ni, tiap2 minggu, masa di isi la.. kalo minggu pertama ni ade program 3 hari 2 malam.. minggu kedua, aku jugak join Program Potensi Diri (Mahasiswa/i Besut), 2 hari 1 malam, sebagai peserta.. pastu ade jugak hadiri kursus sal penggunaan portal kerajaan untuk tujuan e-dagang ataupun ape2 bidang yang berkaitan melalui laman web PID dalam 5 hari, tapi dari pagi sampai petang je la.. so, kire cuti ni, aku banyak aktiviti.. alhamdulillah... join2 program ni, bukan la nak isi masa cuti je, dapat ilmu berguna, leh di kongsi dengan rakan2 lain.. perbetulkan niat sebelum buat ape2...

selain tu, ade jugak dapat undangan walimatul urus dari kawan2.. tapi kakak2 dorang yang nak kawen.. kawan2 aku ni bile lagi?? Huhu.. insyALLAH.. ade kelapangan dan kemudahan, smpai la aku ke majlis kawen kakak kawan2 aku ni.. lame jugak tak g kenduri kawen ni kan, time cuti ni je la ramai nak menjemput pun.. di samping leh la tengok2 cm mana majlis2 kawen zaman sekarang ni.. maklum la orang zaman sekarang ni ‘up-to-date’.. so, xd la aku ketinggalan plak kan.. bleh la di jadikan sumber inspirasi, hihi.. tak sabar tunggu nak makan nasi minyak kawan2 aku ni.. dengar2nya dah ade yang nak menamatkan zaman solo.. tapi, kad tak sampai lagi ni.. jangan lupe jemput aku yep.. J

Hum.... Entry baru ni pon memang xde yang best sangat sebenarnya, saje nak update blog.. so, letak la pic gelagat fasi2 bersama adik2 sepanjang program.. semoga adik2 berjaya dalam SPM.. insyALLAH..

FASILITATOR YANG BEST!!

Thank kawan2 sume...

-ha.. ape la abang2 n kakak2 fasi nak buat ni yep -

































- ai, sampai termenung cam tu skali adik2 kite ni, bagus2.. fokus2.. -














- mane aci abang fasi n akak fasi buatkan, kumpulan mane ni?? -














- cikgu PJ sangat tegas bab2 senaman nih, hihi -














- aktiviti ape nih, nak runtuh pentas di buatnye -














- sampai mengantok dah adik2 kite ni -














- majlis penutup -














- puan pengetua -































- apabila pengarah program berkata2, huhu -


- GROUP 7 -





























- cuba cari mana satu akak fasi group ni, hehe -





- GELAGAT ABANG2 FASI DAN KAKAK2 FASI YANG SPORTING -





















































































SEMOGA UKHWAH KITA BERKEKALAN... TERIMA KASIH... GOOD LUCK WAT FASI2 SUME.. WISH U ALL DA BEST !!!