Wednesday, March 17, 2010

Dengarlah Wahai Suami Ku Sayang

Sekarang ini, ramai para suami yang ambil mudah dan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Sikap ambil mudah dan tidak peduli suami ini menyebabkan banyak masalah rumahtangga yang timbul. Rumah tangga yang sepatutnya menjadi tempat istirehat, tempat bermesra, tempat mendapat kasih sayang, tempat yang dapat memberikan ketenangan pada si isteri dan si suami, telah menjadi sebaliknya. Tiada lagi harmoni, tiada lagi ketenangan, tiada lagi kebahagiaan yang dapat dirasai dalam kebanyakan rumahtangga sekarang. Mengapa ini terjadi?

Salah satu punca utama yang menyebabkan kita tidak dapat merasai ketenangan, tidak merasai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga ialah kerana disebabkan kegagalan suami berperanan sebagai suami yang mithali.

Berikut adalah 21 pesanan isteri kepada suami, yang saya kira perlu diambil perhatian serius oleh semua yang bergelar suami. Baca dan cubalah amalkan setakat yang termampu.

1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.

4. Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan sernata-mata untuk penuni nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri Cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong
jimatkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami”degil” tak nak minta pertolongan. Selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan perempuan kedekut!.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda buat?

18. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya.

19. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, anda juga yang rugi!

Artikel ni saya copy sepenuhnya dari web ni..
http://pakarhowto.com/PesananUntukSuami.pdf

2 comments:

Anonymous said...

Assalamu'alaikum...

Selamat melayari alam Berpasangn...

Alhamdulillah.. da sempurna setgh dr agamamu..

cuma sdikit tambahan ttg apa yg saudari bg thu...

Sy harap berkata2 didalam blog ni mst berlandaskan Al-Quran, hadith,ijmak ulama, dan Qias yg benar...

sy nmpk sdikit goncg pd fakta ni...lbih ke arah persamaan taraf...


Maha benar kata Allah...WA KHULIQAL INSAANU MIN AJAL...

Semoga saudari xmarah...
jgn terburu2 dlm bersiasah...
cuba rujuk balik setiap fakta tu....


pling sng nk cari ttg nikah kawin, cari je dlm kitab jawi Syeikh Daud Al-Fathani..kitab muhimmah...
xpayah kitab besar2...

Arrijalu qawwaamuna 'alannisa'... kata ALLAH...

Tp,dlm masa yg sama Allah juga memberitahu Wa 'Aasyiru Hunna bil Ma'ruf...
Agar bebaik perilaku terhadap isteri...

bermakna,
Wanita itu Maf'ul dan suami itu Faa,il.......
dan ada juga benar ttg keadilan suami pd isterinya...cnth dlm layann,nafqah dan lain2..
tetapi,
tidak membawa mksd kpd persamaan taraf...

perlu tahu isteri kena menjalan stiap kerja2nya akan suaminya dgn jalan yg sewajarnya...

andai ingkar,murka Allah akn jatuh kpd saudari...

Smemangnya, ada benarnya fakta saudari 2...ykni bg lelaki yg xbtggungjawab...

tp,ia seolah2 mcm paranoid...
berjaga2 itu suatu yg benar didalam islam...
ttp, bukan ragu2...

Syrt bg seorg isteri yg solehah itu adalah kepercayaan pd suaminya dgn sepenuhnya...


sungguh kata Nabi S.A.W...
andai mnyuruh akan suami akan isterinya menjilat nanah yg mengalir dari atas kpla nya suami smpi ke kakinya suami...nescya msih tidak dikira sbg menyempurnakan tggungjawab sbg isteri...
Al-Hadith...

Andai mkn suaminya...Sewajarnya isteri yg melayan...

bila bercakap isteri haram berpaling pndgnnya...

Andai memanggil suami akan Isteri bg melakukan hubungan,maka wajib segera lunaskan...jika enggan...Laknat Allah keatas perempuan yg enggan i2 sepnjg malam shga ia mohon maaf pd suaminya...

Berkata Rasulullah S.A.W... andai berkehendak suami akan berasmara dgn isterinya,wajib bgnya melunasi khendknya suami hatta diatas pelapik belakang unta skalipun...

menegur suami itu blh ttp mst tidak mlggr syara'...

isteri smemangnya shift stand-by sntiasa...
prlu bersedia dgn apa shj kejutan dr suami...samada nk ajak kawan2 atau apa2 je...
andai mengeluh,maka cenderung kamu kpd dosa...

andai suami memberi pndgn tntg tubuh badan...sewajarnya saudari amik perhatian...andai disuruh menjaga atau berhias diri, maka wajib aini keatas kaum isteri melaksanakan...jgn smpi mlggr syara'...

jga percakapan didalam berbicara dgn suami...slagi tiada yg bertntgn dgn syara', slagi 2 wajib ain kna patuh...


ttg barang rumahtangga itu adalah wajib bg suami...bkn pd wanita...
sbb 2 harus bg wanita meminta upah jika suami menyuruh membuat kerja2 tsebut...

byk sgt yg lari...

sy harap saudari baiki balaik...

bukan semua,tetapi ada byk yg lari...

perlu igt,suami itu pemimpin...
tiada putar2 belit agenda dlm beragama...kecuali suami yg dipilih tu memang dikenali sbg Faasiq yg sntiasa beralasan...
sbb itu wali itu memainkan peranan dlm pemilihan menantu agar xmenyerahkan anak mereka kpd seorg yg faasiq...

ttg poligami 2 cukup salah...


sy harap jgn campur adukkan liberalisasi kdlm ajaran islam yg sahih...

Kaum hawa adalah kaum yg cukup2 diambil berat oleh Rasulullah...
Nilai dia cukup tnggi bebanding dgn kaum adam...
jgn silap paham...

lebih bernilai suatu barang 2, semakin byklah pantang larang dia...agar sntiasa terjaga...

Syeikh sy pn cukup2 amik berat dgn kaum hawa...sy harap kaum hawa faham...igt bali peristiwa isra' mikraj Nabi S.A.W...

jgn cuba jatuhkan maruah anda...

jgn byk memberi syarat...
smmgnya suami kamu sudah tahu akan tugasnya...

Harap Ubah fakta ni...
rujuk kitab2 dahulu utk keselamatn...

maaf andai ada ketidak sefahaman...


Barakallahufik...

Anonymous said...

Anonymous yang menulis di atas jelas tipikal lelaki melayu muslim. Saya seorang lelaki muslim dan juag mempunyai guru mursid saya tetapi saya juga bersetuju untuk memahami luahan wanita.

Sementara kaum lelaki yang banyak menggunakan pendekatan berpilih-pilih dalam tuntutan Islam selalunya yang culas dalam tanggungjawab. Setakat pandai berhujah dengan nas-nas dan terus dirujuk kepada bersyeikh, dah cukup makna tersirat cara berfikir jumud yang menunjukkan banyak yang cakap tak serupa bikin untuk menutupi kelemahan masing-masing...

Jadi sewajarnya anynomous di atas ni buka fikiran anda sekiranya anda faham maksud "fakta". Sebab faktanya, ramai lelaki muslim kita dayus dalam tindakan bercakap besar dalam berdebat sedang hakikat muslimah tanggungan kita tidak dididik dengan hikmah..Masakan hikmah kalau hal nafsu perut, ketuanan melayu, nafsu kemaluan yang menjadi keutamaan daripada jihad jalan Allah menjaga akidah, keluarga dan masyarakat.