Thursday, June 4, 2009

3 Hari 2 Malam

ALHAMDULILLAH.... dah habis Program Jati Diri Cemerlang untuk pelajar SPM 2009 di sekolah lame, SMKA Nurul Ittifaq, Besut.. walaupun sepanjang program, ade masalah2 ckit, bese la, lari ckit dari perancangan asal, tapi, yang penting, objektif untuk buat program ni tercapai.. yang seronoknya, pasukan fasilitator merangkap ahli jawatankuasa pelaksana merangkap jugak sebagai penganjur program tersebut terdiri daripada kawan2 sepasukan SPM 2005.. di beri name GABNI ALUMNI 2005..

Selain dapat menyumbangkan sesuatu kepada sekolah yang menjadi tempat menimba ilmu suatu ketika dulu, dapat jugak mengeratkan lagi hubungan antara fasi dengan fasi, dan jugak guru2.. ramai jugak cikgu2 yang mengajar dulu, masih lagi menjadi tenaga pengajar di situ.. Bak kata pengetua Puan Hjh Wan Sabariah bt. Wan Bakar, objektif utama penganjuran program2 seperti ini adalah tanda ingatan bekas pelajar SMKANI kepada sekolah, tanda pelajar2 sayangkan sekolah, tanda rasa tanggungjawab kami sebagai senior kepada adik2 yang akan menghadapi peperiksaan.. Alhamdulillah, cadangan kami untuk menganjurkan program ini disambut baik oleh pihak sekolah dengan kerjasama Pasukan Projek SPM 2009 dan Unit Kaunseling sekolah.

Seronoknya dapat berkumpul semula dengan rakan2 seperjuangan lame... masih ingat, suatu ketika dulu, masing2 bertungkus lumus belajar untuk menghadapi SPM, tiap2 minggu bersama-sama ke kelas tambahan.. kini.. masing2 boleh tersenyum bangga dengan bidang pengajian yang di ceburi.. walaupun masih belum bekerja, sekurang2nya impian sudah separuh tercapai untuk menceburi bidang yang di minati sejak sekolah dulu.. tinggal beberapa tahun je lagi untuk menamatkan pengajian dan melangkah ke alam pekerjaan.. aku juga sangat berbangga dengan kawan2.. kini, rakan seperjuangan sudah menjadi orang yang berguna.. sebagai bakal pendidik, inilah harapan terhadap anak didik aku pada masa akan datang.. pasti tersenyum bangga dapat anak didik macam kitorang, kan cikgu2!! Hihi..

Seribu kenangan yang di lalui bersama kawan2 sepanjang program, tidak dapat di gambarkan dengan kata2.. tidak pernah aku rasa seseronok cm ni.. sangat seronok.. berulang2 kali aku tengok gambar2 gelagat fasi2 sepanjang mengendalikan program.. suka duka bersama tidak akan aku lupakan.. ade rezeki nant, kite boleh berkumpul seperti ini lagi... ni baru 24 orang.. 13 lelaki, 11 perempuan.. dah kecoh tatkala berkumpul.. kalo sume lah ade, tak tau la nak cakap.. silap2 fasi2 yang kene jati diri, bukannya adik2.. hihi..

Sekurang2nya, masa cuti 3 minggu di kampung tidak la berlalu begitu saja.. memang memboringkan sebenarnya kalo xd pape keje nak buat kat umah ni.. orang kate, ni la peluang nak belajar masak ke kan.. tapi, xkan la smpai nak belajar masak 24 jam.. ade mase, nak jugak keluar dengan kawan2.. dapat berkumpul cam ni pun dah cukup buat aku.. nak keje ape 3 minggu.. kalo 3 bulan cuti, berbaloi la jugak nak cari keje kan.. dulu, kalo cuti, memang dok umah, kadang2 kuar g PID, kalo boring sangat, balik kampung teman nenek.. tu je la keje nye.. kire cuti ni, tiap2 minggu, masa di isi la.. kalo minggu pertama ni ade program 3 hari 2 malam.. minggu kedua, aku jugak join Program Potensi Diri (Mahasiswa/i Besut), 2 hari 1 malam, sebagai peserta.. pastu ade jugak hadiri kursus sal penggunaan portal kerajaan untuk tujuan e-dagang ataupun ape2 bidang yang berkaitan melalui laman web PID dalam 5 hari, tapi dari pagi sampai petang je la.. so, kire cuti ni, aku banyak aktiviti.. alhamdulillah... join2 program ni, bukan la nak isi masa cuti je, dapat ilmu berguna, leh di kongsi dengan rakan2 lain.. perbetulkan niat sebelum buat ape2...

selain tu, ade jugak dapat undangan walimatul urus dari kawan2.. tapi kakak2 dorang yang nak kawen.. kawan2 aku ni bile lagi?? Huhu.. insyALLAH.. ade kelapangan dan kemudahan, smpai la aku ke majlis kawen kakak kawan2 aku ni.. lame jugak tak g kenduri kawen ni kan, time cuti ni je la ramai nak menjemput pun.. di samping leh la tengok2 cm mana majlis2 kawen zaman sekarang ni.. maklum la orang zaman sekarang ni ‘up-to-date’.. so, xd la aku ketinggalan plak kan.. bleh la di jadikan sumber inspirasi, hihi.. tak sabar tunggu nak makan nasi minyak kawan2 aku ni.. dengar2nya dah ade yang nak menamatkan zaman solo.. tapi, kad tak sampai lagi ni.. jangan lupe jemput aku yep.. J

Hum.... Entry baru ni pon memang xde yang best sangat sebenarnya, saje nak update blog.. so, letak la pic gelagat fasi2 bersama adik2 sepanjang program.. semoga adik2 berjaya dalam SPM.. insyALLAH..

FASILITATOR YANG BEST!!

No comments: