Thursday, May 28, 2009

UJIAN DUNIA vs UJIAN ALLAH

ALHAMDULILLAH... selesai 'paper'terakhir, terasa sungguh lega di hati dan dalam kepala... dapat menyempurnakan ujian untuk semester ni dengan jayanya.. walaupun ade jugak rase ‘paper’ yang agak ‘down’.. syukur kerana di beri nikmat kesihatan yang baik sepanjang ‘study week’.. yer la, sepanjang exam ni, makan tak menentu, tidur ntah kul brape, kat mane s2d, kat situ la tempat tidurnya.. cm ni la rutin tiap kali exam..
Alhamdulillah juga... sepanjang minggu ‘exam’ ni, perjalanana study pon nampaknye bertambah baik..

Untuk entry kali ni, aku cuma nak kaitkan keadaan diri ini, dalam menempuh ujian manusia dengan ujian ALLAH... sejauh mana.. tabahkah?? Sabarkah?? Kuatkah??? Tepuk dada, tanya hati.... walaupun ujian manusia dan ujian ALLAH itu berbeza, bermacam2 bentuk, jenis... tapi, perlu di ingat.. hanya ada satu hati, satu akal, yang mesti di gunakan, mesti di kemudi sebaik2nya saat ujian2 ini datang bertali arus.. soalnya.. bagaimana diri ini menggunakan nikmat2 yang ALLAH beri tu dalam menempuh ujian ini?? Adakah selama ini aku gunakan nikmat2 ini pada jalan yang betul atau sebaliknya?? Banyak sungguh persoalan yang bersarang dalam kepala nan satu ini.. persoalan ini di tujukan buat diri supaya sentiasa di ‘up-date’ kan.. bukan setakat tanya dan berlalu begitu saja...

Saat terasa ‘down’ dengan ujian yang datang, diri ini cuba positive kan diri... Sebagai makhluk yang sentiasa menggunakan nikmat yang di beri olehNYA.. sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini. Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah, hidup tanpa masalah. Mungkin orang yang berkata begitu, rasa gembira dengan ujian yang di berikan, nampak hikmahnya.. tapi, tak semua boleh sentiasa senyum saat beban masalah sedang mencengkam hati, kepala.. adakah diri ini mampu?? Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.

Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita.. yang mendidik hati supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, kadang2 bile ujian yang datang tu dah berlalu, baru dapat fikir, ujian juga dapat mematangkan diri kita. Kalau dulu mungkin selalu menangis, meratap, menyalahkan orang sekeliling, namun.. ujian2 seterusnya yang datang cuba di selesaikan, di ‘control’, di simpan supaya orang2 sekeliling tidak tahu dan tidak menyusahkan orang2 tersayang...

Kadang-kadang hati kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa diberi ujian yang berat sekali sehingga kadang2 kita terlupa pada siapa hendak mengadu segala2nya, rasa tidak tahan, lemah... pada siapa harus kita minta kembali kekuatan dalaman. Astagfirullah.... betapa lemahnya dan rendahnya iman. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar, hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya, mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita. Bagaimana dengan seorang ibu @ nenek tua yang hidup bersama anak dan cucu2nya perlu lagi bekerja untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga. Cucu2 lelaki yang masih muda dan kuat hanya berkerja untuk keperluan diri sendiri.. mungkin pada pandangan kita, nasib nenek itu dah di tentukan. Tp, bukan itu kehendak die... itu ujian yang dia kene hadapi, mungkin sampai akhir hayatnya akan terus bekerja... tapi, nenek itu cukup tabah meneruskan hidupnya.. kadang2 berbual2 dengan dia, dapat sedikit kekuatan untuk motivasikan diri tatkala diri dilanda ujian.. terasa manik2 jernih di kelopak mata jatuh tiap kali melihat keadaan nenek itu.. tak tahan rasanya.. nak je pergi ceramah kat cucu2 yang tak bertanggungjawab tu.. tapi, apakan daya, hanya mampu membantu setakat termampu, jalankan tanggungjawab sebagai saudara seagama dan jiran.. rasa tak layak nak di bandingkan dengan ujian yang di alami.. masih muda, tapi sering merintih tiap kali ada masalah...

Bukankah, Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran...

Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.

Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya. Bersyukurlah....

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya.

Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya.

Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya.

Dan

jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi... seharusnya apa yang perlu kita lakukan? Berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt. Mintalah apa pun, pasti tidak mengecewakan, Cuma perlu didik hati supaya bersabar.. ALLAH sangat suka pada hambanya yang sentiasa ingat padaNYA di kala sedih dan gembira.. Cuma, kadang2 kita lupa, nikmat gembira pon dari DIA yang maha kuasa.. Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.. serahkan seluruh pengharapan pada ALLAH... di kala diri ini sungguh tidak tahan dengan ujianNYA, padaNYA lah dikembalikan hati ini..

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Solat tahajud pada tengah malam, banyak rahsia nya.. tatkala di landa ujian dan masalah2 hati.. pada DIA lah tempat mengadu, biar basah tikar sejadah, telekung, kerana DIA maha mengetahui. Kadang2 belum pon mintak doa, bila rasa tak tahan sangat nak jumpa DIA, tengah2 solat2 pon boleh menangis.. terasa diri ini sangat memerlukan pertolongan NYA.. menangis sepuas2nya bagaikan anak kecil meminta sesuatu dari ibunya.. ALLAH maha mengetahui.. yang mana benar, yang mana salah.. justeru, tidak perlu risau andai diri di fitnah di dunia ini, di salah sangka, di kata itu dan ini, yakin pada penghukuman dan pengadilan ALLAH, pedulikan pada manusia yang suka berkata itu dan ini, sesungguhnya penilaian ALLAH lebih layak untuk diri kita. Pedulikan pandangan manusia, selagi kita tidak menyusahkan hidup mereka, tidak melanggar batas2 agama, teruskan hidup macam biasa. Membazir masa berusaha menegakkan kebenaran pada yang tidak tahu menilai.. Disamping berdoa, moga di beri petunjuk dan di beri hidayah pada hati2 yang perlu di rawat.. perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi, memperbaiki kelemahan diri sendiri, mungkin berpunca dari kelemahan dan kelalaian diri kita sendiri.. Memang kadang2 rasa diri tidak kuat hendak hadapinya.. rasa dah tak tahan, tak larat dah, lemah, hati ini sudah banyak terluka, sudah di ubati, di luka lagi.. tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

Ye.. kekuatan datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.. bukan datang dari hati yang degil ataupun keras kepala, suka ikut cara sendiri.. kalo hati degil, kekuatan tak kan datang, melainkan membuatkan hati bertambah sakit dan perlu segera di ubati. Kalo keras kepala pon tak kan datangkan semangat, sebab sume kepala manusia yang ada tengkorak adalah keras. Ini adalah fakta, bukan auta.. harap sume jemaah setuju, huhu...

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan. Tapi, masih adakah sahabat2 sebegitu? Tak semua insan beruntung dan mempunyai sahabat yang sanggup susah senang bersama, sanggup bersama tatkala diri merintih seorang diri di caci dan di hina. Tak semua manusia di dunia ni beruntung seperti Rasulullah yang mempunyai sahabat2 yang akrab, yang sanggup berjuang demi menegakkan sebuah kebenaran.. namun, kita yang masih di kurniakan teman2 seperjuangan, masih ada tempat untuk berbicara, bersyukurlah... segala masalah dan luahan perasaan boleh di kongsi bersama.

"Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun, dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya."

"Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang -Hamka"

Sebagai kesimpulannya dan penghayatannya.. Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt.

Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

6 comments:

Anonymous said...

seperti ada part yg telah dihazafkan.

anyway, moga ujian2 yg mendatang menarik kita lebih dekat kepada Allah bukan semakin menjauhinya..

wallahu a'lam

aziee said...

hum.. mksdnye 'part' yg mane??
hum..
insyALLAH... byk doa n berusaha..

wan_hafi said...

weh..ko wat sendiri ke post ni?..
terase hilang beban aku sket pas bace blog ko..=]..

aziee said...

hihi... ade pemurniaan ckit2 la... :)

inas said...

mekasih krn membantu sy..

aziee said...

syukran..