Seorang Wanita
Bermahkota Ibu
Menggenggam Jari-Jari Kecil
Ikatan Ini Tidak Kan Terurai
Kerana Tautan Ini
Tautan Darah dan Akidah
Dan Rahmat Dari Allah
Ibu... bergenang airmataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Kelembutanmu tiada bandingannya
Engkaulah insan yang sangat ku sayang
Kehadiranku kerana pengorbananmu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Itulah harta yang kau berikan
Demi cintaku ini
Aku kan berjanji berbakti padamu
Walau ku tahu tak mungkin dapat membalas jasamu
Demi kasih dan sayang
Aku rela berkorban apa saja
Kerana ku tahu
Syurga di tapak kaki ibu
Kau umpama permata di hatiku
Memberikanku sinaran cahaya cintamu yang suci
Kau bak mutiara di samudera
Tetap berharga untuk selama-lamanya
Oh Tuhan.... ampunilah dosa-dosaku
Dan dosa kedua orang tuaku
Kasihi mereka sebagaimana mereka
Mengasihiku sewaktu dahulu
Jika Belum Pernah Kau Dengar Ucapan Terima Kasihku Ketahuilah Doaku Ini Moga Tuhan Menyayangimu Sepertimana Kau Mengasihiku Dari Dulu Hingga Kini Untuk Selama-Lamanya
Engkau bertakhta di hatiku
Engkaulah permata hati
Mendidik mengasuh kami
Bertarung nyawa demi kasih suci
Sungguh murni hati ibu
Menempuh onak berliku
Peritmu tiada siapa yang tahu
setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan
segaris luka di hati ibu kerana kederhakaan
tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya
azimat ini ku tanam di lubuk hati yang dalam
Tiada dapat dinilaikan
Pengorbananmu selama ini
Terima kasih...
Ibu....... Kasih sayang Cinta murni Sejak kecil Hingga kini Ku dibelai dan diberi Sinaran ibu....... Dengarlah ratapanku anakmu.... Terima kasih...
Ibu....
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan
ibu ......
Di bahumu tergalas beban
Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan
Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan
Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta
Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga
Perjuanganku ke arah kebenaran
Kerana engkau laksana awan di langit
Ibarat memayungi setiap insan
Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu Oh..... Ibu.......
Pesanan mu... ku genggam
Ku semat segala ajaran-Nya
tidak ku lupa
Erti kehidupan
Ibu.... dikaulah
Yang tersayang.....
Aku sayang pada mu ibu.......
************************
*********************
ALHAMDULILLAH... masih di beri kesempatan wish HEPY BESDAY kat mak... walaupun x dapat jadi orang 1st lagi nak wish besday mak... huu... x aci betul.. kene cepat kan jam cm ni, baru awl dari orang lain... tp, akan di pastikan... nak jadi orang 1st bagi gift yang special untuk mak, huh.... semoga sempat nak meraikan bersama family balik cuti nant, insyALLAH...
Dan ini merupakan entry khas untuk mak tersayang... dah lame dah simpan... act, pagi td dh try post, tp nape ntah x dapat.. sampai lewat p dewan kursus tadi, huhu... tu balik kursus tadi terus ngadap laptop dan mulakan proses mengedit ni... hadiah2 istimewa telah di pos ke teratak bonda minggu lepas sambil p saving2 money.. huu, banyak lagi nak kene saving ni.. huhu.. xpe2, kene sabau, ckit2 lame2 jadi bukit... doa ibu untuk anak2nya...
"terima kasih nak... mak sayang anak mak.. semoga jah berjaya di dunia dan akhirat.."
*****************
JAH SAYANG MAK SELAMANYA.... LOVE U MY BELOVED MOM... MISZ U SO MUCH....
No comments:
Post a Comment