Thursday, May 28, 2009

UJIAN DUNIA vs UJIAN ALLAH

ALHAMDULILLAH... selesai 'paper'terakhir, terasa sungguh lega di hati dan dalam kepala... dapat menyempurnakan ujian untuk semester ni dengan jayanya.. walaupun ade jugak rase ‘paper’ yang agak ‘down’.. syukur kerana di beri nikmat kesihatan yang baik sepanjang ‘study week’.. yer la, sepanjang exam ni, makan tak menentu, tidur ntah kul brape, kat mane s2d, kat situ la tempat tidurnya.. cm ni la rutin tiap kali exam..
Alhamdulillah juga... sepanjang minggu ‘exam’ ni, perjalanana study pon nampaknye bertambah baik..

Untuk entry kali ni, aku cuma nak kaitkan keadaan diri ini, dalam menempuh ujian manusia dengan ujian ALLAH... sejauh mana.. tabahkah?? Sabarkah?? Kuatkah??? Tepuk dada, tanya hati.... walaupun ujian manusia dan ujian ALLAH itu berbeza, bermacam2 bentuk, jenis... tapi, perlu di ingat.. hanya ada satu hati, satu akal, yang mesti di gunakan, mesti di kemudi sebaik2nya saat ujian2 ini datang bertali arus.. soalnya.. bagaimana diri ini menggunakan nikmat2 yang ALLAH beri tu dalam menempuh ujian ini?? Adakah selama ini aku gunakan nikmat2 ini pada jalan yang betul atau sebaliknya?? Banyak sungguh persoalan yang bersarang dalam kepala nan satu ini.. persoalan ini di tujukan buat diri supaya sentiasa di ‘up-date’ kan.. bukan setakat tanya dan berlalu begitu saja...

Saat terasa ‘down’ dengan ujian yang datang, diri ini cuba positive kan diri... Sebagai makhluk yang sentiasa menggunakan nikmat yang di beri olehNYA.. sentiasa akan diberi musibah, ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini. Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah, hidup tanpa masalah. Mungkin orang yang berkata begitu, rasa gembira dengan ujian yang di berikan, nampak hikmahnya.. tapi, tak semua boleh sentiasa senyum saat beban masalah sedang mencengkam hati, kepala.. adakah diri ini mampu?? Setiap orang ada masalahnya tersendiri, Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama.

Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri, sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita.

Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita.. yang mendidik hati supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri, kadang2 bile ujian yang datang tu dah berlalu, baru dapat fikir, ujian juga dapat mematangkan diri kita. Kalau dulu mungkin selalu menangis, meratap, menyalahkan orang sekeliling, namun.. ujian2 seterusnya yang datang cuba di selesaikan, di ‘control’, di simpan supaya orang2 sekeliling tidak tahu dan tidak menyusahkan orang2 tersayang...

Kadang-kadang hati kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa diberi ujian yang berat sekali sehingga kadang2 kita terlupa pada siapa hendak mengadu segala2nya, rasa tidak tahan, lemah... pada siapa harus kita minta kembali kekuatan dalaman. Astagfirullah.... betapa lemahnya dan rendahnya iman. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar, hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya, mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita. Bagaimana dengan seorang ibu @ nenek tua yang hidup bersama anak dan cucu2nya perlu lagi bekerja untuk menyara kehidupan mereka sekeluarga. Cucu2 lelaki yang masih muda dan kuat hanya berkerja untuk keperluan diri sendiri.. mungkin pada pandangan kita, nasib nenek itu dah di tentukan. Tp, bukan itu kehendak die... itu ujian yang dia kene hadapi, mungkin sampai akhir hayatnya akan terus bekerja... tapi, nenek itu cukup tabah meneruskan hidupnya.. kadang2 berbual2 dengan dia, dapat sedikit kekuatan untuk motivasikan diri tatkala diri dilanda ujian.. terasa manik2 jernih di kelopak mata jatuh tiap kali melihat keadaan nenek itu.. tak tahan rasanya.. nak je pergi ceramah kat cucu2 yang tak bertanggungjawab tu.. tapi, apakan daya, hanya mampu membantu setakat termampu, jalankan tanggungjawab sebagai saudara seagama dan jiran.. rasa tak layak nak di bandingkan dengan ujian yang di alami.. masih muda, tapi sering merintih tiap kali ada masalah...

Bukankah, Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran...

Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya.

Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya. Bersyukurlah....

Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.

Alihkan pandangan matamu ke arah LAUT, airnya cantik membiru dan penuh dengan ketenangan. Tetapi hanya Allah sahaja yang mengetahui rahsia di dalamnya.

Begitu juga dengan kehidupan manusia, riang dan ketawa tetapi hanya Allah yang mengetahui rahsia kehidupannya.

Jika rasa kecewa, alihkan pandanganmu ke arah SUNGAI, airnya tetap mengalir biarpun berjuta batu yang menghalangnya.

Dan

jika rasa sedih,alihkan pandanganmu ke arah LANGIT, sedarlah dan sentiasa ingatlah bahawa Allah sentiasa bersamamu.

Jadi... seharusnya apa yang perlu kita lakukan? Berdoalah kepada Allah, Allah lah tempat kembali segala masalah yang sering membelenggu diri kita. Jangan malu untuk merayu-rayu, meminta-minta, memohon-mohon kepada Allah swt. Mintalah apa pun, pasti tidak mengecewakan, Cuma perlu didik hati supaya bersabar.. ALLAH sangat suka pada hambanya yang sentiasa ingat padaNYA di kala sedih dan gembira.. Cuma, kadang2 kita lupa, nikmat gembira pon dari DIA yang maha kuasa.. Selalu diingatkan yang Allah tidak pernah jemu mendengar rintihan hambaNya, Allah itu Maha Mendengar.. serahkan seluruh pengharapan pada ALLAH... di kala diri ini sungguh tidak tahan dengan ujianNYA, padaNYA lah dikembalikan hati ini..

Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Solat tahajud pada tengah malam, banyak rahsia nya.. tatkala di landa ujian dan masalah2 hati.. pada DIA lah tempat mengadu, biar basah tikar sejadah, telekung, kerana DIA maha mengetahui. Kadang2 belum pon mintak doa, bila rasa tak tahan sangat nak jumpa DIA, tengah2 solat2 pon boleh menangis.. terasa diri ini sangat memerlukan pertolongan NYA.. menangis sepuas2nya bagaikan anak kecil meminta sesuatu dari ibunya.. ALLAH maha mengetahui.. yang mana benar, yang mana salah.. justeru, tidak perlu risau andai diri di fitnah di dunia ini, di salah sangka, di kata itu dan ini, yakin pada penghukuman dan pengadilan ALLAH, pedulikan pada manusia yang suka berkata itu dan ini, sesungguhnya penilaian ALLAH lebih layak untuk diri kita. Pedulikan pandangan manusia, selagi kita tidak menyusahkan hidup mereka, tidak melanggar batas2 agama, teruskan hidup macam biasa. Membazir masa berusaha menegakkan kebenaran pada yang tidak tahu menilai.. Disamping berdoa, moga di beri petunjuk dan di beri hidayah pada hati2 yang perlu di rawat.. perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi, memperbaiki kelemahan diri sendiri, mungkin berpunca dari kelemahan dan kelalaian diri kita sendiri.. Memang kadang2 rasa diri tidak kuat hendak hadapinya.. rasa dah tak tahan, tak larat dah, lemah, hati ini sudah banyak terluka, sudah di ubati, di luka lagi.. tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

Ye.. kekuatan datang dari semangat yang tidak pernah mengalah.. bukan datang dari hati yang degil ataupun keras kepala, suka ikut cara sendiri.. kalo hati degil, kekuatan tak kan datang, melainkan membuatkan hati bertambah sakit dan perlu segera di ubati. Kalo keras kepala pon tak kan datangkan semangat, sebab sume kepala manusia yang ada tengkorak adalah keras. Ini adalah fakta, bukan auta.. harap sume jemaah setuju, huhu...

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan. Tapi, masih adakah sahabat2 sebegitu? Tak semua insan beruntung dan mempunyai sahabat yang sanggup susah senang bersama, sanggup bersama tatkala diri merintih seorang diri di caci dan di hina. Tak semua manusia di dunia ni beruntung seperti Rasulullah yang mempunyai sahabat2 yang akrab, yang sanggup berjuang demi menegakkan sebuah kebenaran.. namun, kita yang masih di kurniakan teman2 seperjuangan, masih ada tempat untuk berbicara, bersyukurlah... segala masalah dan luahan perasaan boleh di kongsi bersama.

"Sahabat terbaik adalah dia yang dapat duduk berayun-ayun di beranda bersamamu, tanpa mengucapkan sepatah katapun, dan kemudian kamu meninggalkannya dengan perasaan telah bercakap-cakap lama dengannya."

"Supaya engkau beroleh sahabat, hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang -Hamka"

Sebagai kesimpulannya dan penghayatannya.. Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt.

Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik!

"Kehidupan kita di dunia ini tidak menjanjikan satu jaminan yang berkekalan. Apa yang ada hanyalah percubaan, cabaran dan pelbagai peluang.Jaminan yang kekal abadi hanya dapat ditemui apabila kita kembali semula kepada Ilahi."

Sunday, May 17, 2009

kerana EXAM




kerana aku insan biasa....
yang selalu leka dan alpa...
i'm not strong...
kerana exam.. aku kuatkan semangat...
maafkan salah silap....
terima kasih banyak kepada semua kawan2, sahabat2 yang banyak membantu ...
jasa kalian, hanya ALLAH yang dapat membalas...
sama2 doakan kejayaan kita bersama... insyALLAH..




GOOD LUCK BUAT SAHABAT-SAHABAT... SALAM PERJUANGAN...

Saturday, May 16, 2009

Kau Yang Satu... Yang teristimewa..



Seorang Wanita
Bermahkota Ibu
Menggenggam Jari-Jari Kecil
Ikatan Ini Tidak Kan Terurai
Kerana Tautan Ini
Tautan Darah dan Akidah
Dan Rahmat Dari Allah





Ibu... bergenang airmataku

Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian



Namamu menyerlahkan seri di wajahmu
Kelembutanmu tiada bandingannya
Engkaulah insan yang sangat ku sayang
Kehadiranku kerana pengorbananmu

Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tidak pun kau merasa jemu

Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa

Ibu... kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amat aku harapkan
Kerana di situ letak syurgaku


Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan

Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang kau berikan


Demi cintaku ini
Aku kan berjanji berbakti padamu
Walau ku tahu tak mungkin dapat membalas jasamu
Demi kasih dan sayang
Aku rela berkorban apa saja
Kerana ku tahu

Syurga di tapak kaki ibu

Kau umpama permata di hatiku
Memberikanku sinaran cahaya cintamu yang suci
Kau bak mutiara di samudera
Tetap berharga untuk selama-lamanya


Oh Tuhan.... ampunilah dosa-dosaku
Dan dosa kedua orang tuaku
Kasihi mereka sebagaimana mereka
Mengasihiku sewaktu dahulu

Jika Belum Pernah Kau Dengar Ucapan Terima Kasihku Ketahuilah Doaku Ini Moga Tuhan Menyayangimu Sepertimana Kau Mengasihiku Dari Dulu Hingga Kini Untuk Selama-Lamanya

Engkau yang aku rindu
Engkau bertakhta di hatiku

Engkaulah permata hati
Mendidik mengasuh kami
Bertarung nyawa demi kasih suci


Sungguh murni hati ibu
Menempuh onak berliku
Peritmu tiada siapa yang tahu

setitis air mata ibu yang gugur kerana kesedihan
segaris luka di hati ibu kerana kederhakaan
tertutup pintu syurga jika tiada keampunannya
azimat ini ku tanam di lubuk hati yang dalam

Tiada dapat dinilaikan
Pengorbananmu selama ini
Terima kasih...

Ibu....... Kasih sayang Cinta murni Sejak kecil Hingga kini Ku dibelai dan diberi Sinaran ibu....... Dengarlah ratapanku anakmu.... Terima kasih...

Ibu....

Tertanam naluri keibuan amat mendalam
Di jiwa insan yang mendambakan kebahagiaan

ibu ......

Di bahumu tergalas beban

Perjalananmu penuh rintangan Kau titipkan kasih sayang Sejujur pengorbanan Tak ku nafikan


Di saat kita berjauhan
Rasa ingin ku berlari
Mendakapimu penuh girang
Bak si kecil kehilangan

Kau insan penyayang
Betapa ku merindu
Lembutnya belaian ibu
Membuatku terlena

Di wajah terlukis tenang
Debar di dada kau rahsiakan
Ku pastikan dikau aman
Dikurnia sejahtera
Tak ku lupakan


Tiada aku tanpa ibu
Hanya (kau) satu didunia
Bertakhta dikau dijiwaku
Kau lah ibu yang tercinta

Kau insan pengasih
Betapa aku mengharap
Hadirnya restumu ibu
Membawaku ke syurga

Dan harapanku agar engkau merestui
Perjuanganku ke arah kebenaran
Kerana engkau laksana awan di langit
Ibarat memayungi setiap insan

Bersemi belaian kasih sayang nan berpanjangan Darimu insan yang mendoakan kebahagiaan anak-anakmu Oh..... Ibu.......

Pesanan mu... ku genggam
Ku semat segala ajaran-Nya
tidak ku lupa
Erti kehidupan
Ibu.... dikaulah
Yang tersayang.....

Aku sayang pada mu ibu.......

************************

SELAMAT HARI LAHIR MAK.... SEMOGA SENTIASA SIHAT... SEMOGA SENTIASA DI BAWAH LINDUNGAN & BARAKAHNYA........ RESTUI LAH PERJUANGAN ANAK-ANAK MU DI SINI.......
*********************
ALHAMDULILLAH... masih di beri kesempatan wish HEPY BESDAY kat mak... walaupun x dapat jadi orang 1st lagi nak wish besday mak... huu... x aci betul.. kene cepat kan jam cm ni, baru awl dari orang lain... tp, akan di pastikan... nak jadi orang 1st bagi gift yang special untuk mak, huh.... semoga sempat nak meraikan bersama family balik cuti nant, insyALLAH...
Dan ini merupakan entry khas untuk mak tersayang... dah lame dah simpan... act, pagi td dh try post, tp nape ntah x dapat.. sampai lewat p dewan kursus tadi, huhu... tu balik kursus tadi terus ngadap laptop dan mulakan proses mengedit ni... hadiah2 istimewa telah di pos ke teratak bonda minggu lepas sambil p saving2 money.. huu, banyak lagi nak kene saving ni.. huhu.. xpe2, kene sabau, ckit2 lame2 jadi bukit... doa ibu untuk anak2nya...
"terima kasih nak... mak sayang anak mak.. semoga jah berjaya di dunia dan akhirat.."

*****************

JAH SAYANG MAK SELAMANYA.... LOVE U MY BELOVED MOM... MISZ U SO MUCH....


Sunday, May 10, 2009

SELAMAT HARI IBU

fuhh.. nampaknya akak aku dah mendahului nak wish hepy mother's day kat mak.. tp xpe, mak cakap memang die tunggu aku call, lalala, seronoknya.. sempat jugak dengar pesanan dari mak.. dah lame x dengar mak membebel.. senyum je la sambil dengar, sebab rindu sangat nak dengar suara mak.. sejak exam HE ari tu, belum call lagi, takut mak terkesan apa yang terbuku di hati.. alhamdulillah, hari ini dapat gak dengar suara mak dari jauh..humm..

"Jah okey ke?" ha, sudah..
"errr... okey je, chat2.. mak chat?"
"alhamdulillah.. ni suara cam lain je.. okey ke x? sume okey ke kat cne?"
"tiket balik kampung x beli lagi.. nant jah kuar ngan kawan, okey?"
terrrruuuussss cari idea nak cite benda lain.. kalo x, sempat jugak hujan di waktu panas2 terik ni agaknya, huhu...

IBU... kau lah sumber inspirasi ku...



SAYANG.... MAK & ABAH.....
SEMOGA KALIAN SENTIASA SIHAT DAN DI BAWAH BARAKAH-NYA... AMIIN...

Oh Tuhan.... ampunilah dosa-dosaku
Dan dosa kedua orang tuaku
Kasihi mereka sebagaimana mereka
Mengasihiku sewaktu dahulu

Jika Belum Pernah
Kau Dengar Ucapan Terima Kasihku
Ketahuilah Doaku Ini
Moga Tuhan Menyayangimu
Sepertimana Kau Mengasihiku
Dari Dulu Hingga Kini
Untuk Selama-Lamanya

ANAK MU YANG SENTIASA MERINDUI....

Sape DaPaT... Gtau...

Ha, try la sape dapat kire, die terer r.. jom kire...

zwani.com myspace graphic comments
Myspace Funny Picture Graphics

Friday, May 8, 2009

Bersyukurlah....

Alhamdulillah..... eh, dah kul brape ni... la hai, dah awal pagi upenye... hum, dari tadi dok mengedit blog ni, langsung x sedo.. ntah2 suasana blok pon dah sunyi, gelap dah kan.... huhu

Padi tadi dah selesai satu paper wajib.. Alhamdulillah, di permudahkan ALLAH segalanya walaupun terus terang la cakap, start study kul 12 malam semalam... tu pon hanya beberapa jam sahaja, pas tu mata ini perlu di rehatkan untuk persediaan exam awal2 paginya.. tak tau nak cakap ape la, diri sendiri cari masalah, padan la muka aku, huhu... di saat semua orang dah mula menenangkan diri untuk memulakan exam dengan penuh semangat esoknya, aku masih tercari-cari bahan-bahan untuk di baca.. mujur ada insan yang baik hati sudi meluangkan masa untuk berkongsi ilmu dan temankan diri ini study lewat malam... syukran kathiran dan semoga semakin bertambah ilmunya, amiinn... okey, itu cite semalam... tak perlu di ingat2.. jadi pengajaran dan ingatan untuk diri ini....

okey, cite sal blog aku yang baru sudah di edit ni... ade beza tak?? hehe... memang niat di hati ni lame dah nak buat background kaler hitam.. tengok blog kwn2 cam lawa je kaler hitam, walaupun kaler faveret biru, tp x salah kan cube yang lain...
tp, aku ni x pakar nak edit2 sgt, takut plak nnt hilang ape yang ad tu kan, so pendam je la hajat di hati ni.. baru td tergerak hati untuk tgk ape yg ade kat sample2 template tu... cari punya cari.. zup!! eh betul ke ni, ade background yang full biru.. waa, ini sudah bagus ni.. leh try..
tanpa membuang masa, terus tekan priview.. tp...... hem... biru die x brape menarik la.. pulak dah... ish, cerewet betul la... pas tu pilih je la kaler hitam ni... dah pilih template.. byk la nk kene edit nye.. kaler tulisan la, font la... so, dok tekan punya tekan, sampai la dah siap ni.. tapi.... ish, ade je tapinye ni, huhu... xper lah dah siap dah la ni kire nye.. lom muktamad la.. sebab kalo bleh xnak ade cam gap2 tu, nak die sambung, full dari tepi ke tepi, dari atas smpai bwh.. huuu... x reti nak wat.. rase dulu cam pernah jumpe tu cm mn nak edit saiz die, td cari2 x jumpe... sebab dah dapat pe yg nak ni, kire ok la ni... yg len2 nnt leh blajar lagi ngan pakar blog..

sebab dah lame xpost entry, saje la ceritakan detik2 mengedit blog dengan khusyuknya.. buat julung2 kalinya menceritakan cerita sendiri.. slalu dok post entry cm serius je kan, fakta je, huhu... act, dah ade bahan utk di postkan cume lom sampai masanya, entry yang sangt bermakna.. sekarang on progres lagi org kate...huhu
ehm... sebelum berundur....

"Dunia ini umpama lautan yg luas. Kita adalah kapal yg belayar dilautan telah ramai kapal karam didalamnya..andai muatan kita adalah iman,dan layarnya takwa,nescaya kita akan selamat dari tersesat di lautan hidup ini."

wallahua'alam..... bittaufiq wannajah... salam perjuangan buat kawan2.... assalamualaikum.....