Wednesday, June 18, 2008

**WaHai WaNiTa**


Wahai wanita, anda adalah perhiasan.
Dunia ini menjadi indah kerana adanya
anda yg bernama wanita. Tanpa anda dunia
pasti diselubungi sugul. Para lelaki yg
mendiami bumi ini akan ketandusan kasih.
Dunia pasti tidak menarik untuk didiami.
Rasanya dunia akan penuh dengan
kekejaman dan perbuatan2 ‘sampai hati’
sesama sendiri..

Wahai wanita, anda ibarat rama-rama yg
mengindahkan lagi alam. Anda telah
menyempurnakan keindahan bunga.
Sempurnalah keindahan apabila bunga
dikitari sang rama-rama. Namun anda yg
bernama wanita, mengapa ramai sekali yg
sengaja merosakkan diri di tengah2
kebuasan lelaki..

Memang keinginan untuk berteman fitrah
insan, tapi tak usah mangsakan diri anda
untuk lelaki yg kurang perasaan.
Tamsilkanlah diri anda sebagaimana
rama-rama. Keindahan anda mudah terlerai
sebagaimana mudahnya rama-rama terlerai
daripada keindahannya apabila ia disentuh..

Tatkala rama-rama sudah hilang
keindahan, tiada siapa akan pedulikannya
lagi. Memang ramai wanita berasa bangga
apabila ia digilai ramai lelaki. Tapi
wahai wanita, sayap anda yg indah itu
pasti luntur sedikit demi sedikit,
melekat dijari lelaki tatkala dia
menyentuh anda, sebagaimana sayap
rama-rama berpindah coraknya kejari anda
tatkala anda menyentuh serangga yg kecil
itu..

Apakah anda tidak berasa rugi? Apakah
anda tidak berasa apa2 yg hilang?

Jika anda seorang wanita sejati, anda
patut berasa rugi sebab ketahuilah,
lelaki amat berbangga sekali apabila dia
dapat meletakkan tangannya keatas tubuh
anda sedangkan dia tahu, dia tidak
berhak berbuat begitu. Bezanya lelaki
dengan wanita, lelaki tidak kehilangan
apa2 biar berapa ramai wanita yg berada
disekelilingnya, tapi anda pasti rugi
setiap kali ada tangan2 yg tidak berhak
hinggap di tubuh anda..

Hanya dengan sekali sentuh corak
rama-rama sudah boleh musnah, kalau dua
kali sentuh mungkin seluruh coraknya
tiada, kalau tiga kali sentuh tidak
mustahil sayap yg asalnya indah itu
terkoyak. Jatuhlah sang rama-rama diatas
tanah tanpa siapa mempedulikannya lagi..

Lihatlah kehidupan dari sudut yg begini.
Agar dengan itu anda dapat memelihara
diri daripada menjadi habuan sang lelaki
yg hanya ingin mencalitkan noda keatas
diri anda. Apa untungnya digilai dan
diminati, kemudian berkorban sesuatu
apabila ditagih atau diragut dengan
kasar, kemudian anda ditinggalkan pergi.
Di manakah nilai anda setelah jatuh ke
tanah dan kedua2 belah sayap anda telah
tiada..

Wahai wanita, kasihilah diri anda dengan
menjadikan diri anda berharga. Nilai
anda tentu terletak pada harga diri yg
hanya sanggup dibayar oleh seorang
lelaki dengan harga kejujuran. Apalah
ertinya digilai kalau yg menggilai hanya
lelaki yg tidak tahu diri..

Anda sama sekali tidak berharga biarpun
tinggi nilainya di mata lelaki yg
tahunya melihat anda sebagai ‘alat’.
Tapi anda ibarat mutiara dipuncak bukit
di mata seorang lelaki yg jujur. Memang
sukar sedikit untuk mencari mereka. Biar
terlewat, sebab bersikap pemilih
daripada tersalah pilih. Lelaki terbaik
tidak mudah ditemui di mana2. Dia satu
dalam seribu. Sudah tentu untuk
mencarinya payah. Itu lebih baik
daripada bertemu insan yg salah,
sudahnya hanya mencemarkan hidup anda..

Biar hidup sendiri dan selesa membina
pahala daripada hidup berdua tetapi
menjadi pencetus dosa ke neraka. Biar
hidup seorang dan berenang menuju TUHAN
dengan selesa dan bahagia, daripada
hidup berdua dan merasakan diri masih
menggoda untuk semua. Biar hidup sendiri
dan masih kekal serinya daripada
dikelilingi lelaki tetapi telah hilang
maruah diri. Biar lambat bertemu jodoh
tetapi tinggi peribadi daripada cepat
jodohnya tetapi tidak lama ditinggalkan
pergi..

Biar menjadi rama-rama dengan sayapnya
yg terang dan indah daripada sang
kelkatu yg menerjah api. WAHAI WANITA,
HARGA DIRI ANDA, ANDA YG MENENTUKAN…

**SeoRaNg GaDis iTu...**


Seorang gadis itu...
Yang lembut fitrah tercipta, halus kulit, manis tuturnya, lentur hati ... telus wajahnya, setelus rasa membisik di jiwa, di matanya cahaya, dalamnya ada air, sehangat cinta, sejernih suka, sedalam duka, ceritera hidupnya ...


Seorang gadis itu ...
hatinya penuh manja, penuh cinta, sayang semuanya, cinta untuk diberi ... cinta untuk dirasa ...
namun manjanya bukan untuk semua, bukan lemah, atau kelemahan dunia ... ia bisa kuat, bisa jadi tabah, bisa ampuh menyokong, pahlawan-pahlawan dunia ... begitu unik tercipta, lembutnya bukan lemah, tabahnya tak perlu pada jasad yang gagah ...


Seorang gadis itu ...
teman yang setia, buat Adam dialah Hawa, tetap di sini ... dari indahnya jannah, hatta ke medan dunia, hingga kembali mengecap ni'matNya ...


Seorang gadis itu ...
bisa seteguh Khadijah, yang suci hatinya, tabah & tenang sikapnya, teman lah-Rasul, pengubat duka & laranya ... bijaksana ia, menyimpan ílmu, si teman bicara, dialah Áishah, penyeri taman Rasulullah, dialah Hafsah, penyimpan mashaf pertama kalamullah ...


Seorang gadis itu ...
bisa setabah Maryam, meski dicaci meski dikeji, itu hanya cerca manusia, namun sucinya ALLah memuji ... seperti Fatimah kudusnya, meniti hidup seadanya, puteri Rasulullah ... kesayangan ayahanda, suaminya si panglima agama, di belakangnya dialah pelita, cahya penerang segenap rumahnya, ummi tersayang cucunda Baginda ... bisa dia segagah Nailah, dengan dua tangan tegar melindung khalifah, meski akhirnya bermandi darah, meski akhirnya khalifah rebah, syaheed menyahut panggilan Allah.


Seorang gadis itu ...
perlu ada yang membela, agar ia terdidik jiwa, agar ia terpelihara ... dengan kenal Rabbnya, dengan cinta Rasulnya ... dengan yakin Deennya, dengan teguh áqidahnya, dengan utuh cinta yang terutama, Allah jua RasulNya, dalam ketaatan penuh setia . pemelihara maruah dirinya, agama, keluarga & ummahnya ...


Seorang gadis itu ...
melenturnya perlu kasih sayang, membentuknya perlu kebijaksanaan, kesabaran dan kemaafan, keyakinan & penghargaan, tanpa jemu & tanpa bosan, memimpin tangan, menunjuk jalan ...


Seorang gadis itu ...
yang hidup di alaf ini, gadis akhir zaman, era hidup perlu berdikari ... dirinya terancam dek fitnah, sucinya perlu tabah, cintanya tak boleh berubah, tak bisa terpadam dek helah, dek keliru fikir jiwanya, kerna dihambur ucapkata nista, hanya kerana dunia memperdaya ... kerna seorang gadis itu, yang hidup di zaman ini ... perlu teguh kakinya, mantap iman mengunci jiwanya, dari lemah & kalah, dalam pertarungan yang lama ... dari rebah & salah, dalam perjalanan mengenali Tuhannya, dalam perjuangan menggapai cinta, ni'mat hakiki seorang hamba, dari Tuhan yang menciptakan, dari Tuhan yang mengurniakan, seorang gadis itu ... anugerah istimewa kepada dunia!


Seorang gadis itu ...

tinggallah di dunia, sebagai ábidah, dahípayah & mujahidah, pejuang ummah ... anak ummi & ayah, muslimah yang solehah ... kelak jadi ibu, membentuk anak-anak ummah, rumahnya taman ilmu, taman budi & ma'rifatullah ...


Seorang gadis itu ...
moga akan pulang, dalam cinta & dalam sayang, redha dalam keredhaan, Tuhan yang menentukan ... seorang gadis itu dalam kebahagiaan! Moga lah-Rahman melindungi, merahmati dan merestui, perjalanan seorang gadis itu ... menuju cintaNYA yang ABADI

19 Hadis Nabi Mengenai Wanita


1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika
ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut, jawab baginda,

"Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan
sia-sia".

2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam
rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.Allah
mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan
menghapuskan
darinya 1,000 kejahatan.

3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang
yang berjihad pada
jalan Allah.

4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya
melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi
ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi
satu kebajikan.


6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara
anaknya yang sakit, maka Allah memberinya pahala seperti
memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,
darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan
Allah dan orang yang takutkan Allah, akan diharamkan api neraka ke
atas tubuhnya.

8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari
pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya
seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada
anak
lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan
seolah-olah
dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan
agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih
dahulu
daripada suaminya (10,000 tahun).

10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa

bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akan
suaminya,
masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.


16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.

17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan
tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.

18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau
tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua
saudara
perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan
dengan mereka dan
mendidik mereka dengan penuh rasa takwa
serta bertanggungjawab, maka
baginya syurga.

19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan
sesuatu daripada anak-anak perempuan lalu dia berbuat baik kepada
mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

Tuesday, June 17, 2008

akHwaT sejaTi

akhwat sejati bukanlah dilihat dari
sifat luarannya dalam b'gaul,

tetapi...
dari sejauh mana ia m'jaga
kehormatan dalam b'gaul..

akhwat sejati bukanlah dilihat dari
kecantikan paras wajahnya,

tetapi ...

darikecantikan hati yang ada di baliknya..

akhwat sejati bukanlah dilihat dari
keberaniannya dalam b'pakaian,

tetapi..
dari sejauh mana ia berani
m'p'tahankan kehormatannya..

akhwat sejati bukanlah dilihat dari
sberapa banyak dan besarnya ujian yang
ia jalani,

tetapi ..

dari sejuh mana ia
m'hadapi ujian itu dengan penuh rasa
syukur..

akhwat sejati bukanlah dilihat dari
kekhawatirannya digoda orang
dijalan,

tetapi..

dari kekhawatiran dirinyalah yang m'undang orang lain
jadi tergoda..

akhwat sejati bukanlah dilihat dari
bentuk tubuhnya yang m'pesona,

tetapi...
dari sejauh mana ia menutupi tubuhnya
itu..

akhwat sejati bukanla dilihat dari
seberapa indah lantunan
suaranya,

tetapi..

dari apa yang
dibicarakan mulutnya..

akhwat sejati bukanlah dilihat dari
kemampuannya b'bahasa,

tetapi ..

dari bagaimana caranya ia b'bicara..

akhwat sejati bukanlah dilihat dari
begitu banyaknya kebaikan yang ia
berikan,

tetapi...

dari keikhlasannya
m'berikan kebaikan tersebut..

**adakah aku tergolong dalam ciri-ciri akhawat sejati??

**adakah aku layak di gelar akhawat sejati, muslimah sejati, wanita solehah??

#** di kesempatan ini saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada sahabat yang saya anggap to’ guru.. mesej ini dah lama di simpan dalam file-file hidup saya.. saat keinsafan datang menyembah.. artikel ini saya selalu baca dan renungkan.. mudah-mudahan ia menjadi panduan hidup saya.. Terima kasih atas semuanya.. saya doakan ustaz sentiasa di bawah lindunganNYA..

“ISLAM iTu HeBaT.. TiDaK MaMPu MeMiKuLNYa MeLaiNKaN oRaNg YaNg HeBaT..

MaKa JaDiLaH KaMu oRaNg YaNg HeBaT iTu” ~> as-SyaHiD MuHaMMaD at-TaHiR

AKHAWATI

Bismillahhirrahmanir rahim, Allahhumma
Solli wa Sallim wa Barik ‘ala Muhammad
wa ‘ala aali Muhammad.

Unt uk saudari-saudari akhawaat yang
dikasihi. Di akhir zaman, perempuan
menjadi fitnah. Dia solehah juga
menjadi f itnah, dia yang su’ al-akhlaq juga…
lebih-lebih lagi menjadi fitnah.
mesej ini buat akhawat, perempuan-perempuan di
sekeliling saya. Tiap-tiap hari bila
buka surat khabar, berita-berita
berkaitan perempuan mengisi setiap
ruang. Luka hati saya...

Bila perempuan sudah naik tocang, dia
mula merosakkan lelaki… hilang segala
sifat mahmudah, malu sebagai benteng
diri. Bila perempuan baik, ada sahaja
perosak-perosak yang cemburukan
kebaik annya. Perosak dari kalangan jin
dan manusia...

Di kesempatan ini, saya ingin berpesan
kepada diri saya dan semua perempuan
saudari -saudari akhawaat saya yang
dikasihi. Peliharalah maruah diri.
Jangan terburu-buru dalam melepaskan
amarah . Berilah masa untuk diri
bertenang dengan zikrullah dan selawat.

Samb il merenung ke dalam diri,
serahkan diri kepada Allah sepenuhnya supaya
kitati dak sendiri. Allah yang maha perkasa
secara pasti tidak akan biarkan
hamba-ham banya. Apatah lagi perempuan,
sifat2 rahmah, syafaqah, yang
tersembunyi dalam diri perempuan bahkan
mendekatka n lagi Rahmat Allah kepada-
Nya.
W alaupun banyak suami tidak menghargai
peremp uan, saya berharap sangat2…
akhawat s emua tidak terburu-buru. Saya yakin
kalian akan temui ketenangan di dalam
masalah dan kepedihan itu sendiri.
Ubatnya pasti ada di dalam penderitaan
itu.
Saya menulis kerana sahabat saya yang
berkali-kali dihancurkan hatinya.
Lelaki-l elaki yang terlalai daripada
tanggung jawab, tidak sedar pengorbanan
dan kasih sayang isteri. Menangis di
tengah malam, di bahu saya. Apa yang
saya dapat lakukan? Taekwando? Karate?
Aikido? Berkesankah semua itu? Nak
pergi bela sah kah? Sebelum belasah,
tulang-t ulang saya dulu yang akan
patah, di kerat-ke rat 18. Kenapa lelaki-lelaki
ter lupa kepada nikmat yang ada.
Mengintai sesuatu di dalam kawasan
larangan. Saya tidak ada kata-kata
lagi.Saya cuma mendoakan dia semakin dekat
dengan Allah. Dan Allah pasti takkan
hampakan hambanya, yang faqir dan
teraniaya.

Wa hai perempuan semua, kita seumpama
air. Pilihlah mahu menjadi air yang
bagaimana. Adakah air yang keras,
menghentam dan memecahkan? Laksana
tsunami mengganas memusnahkan apa
sahaja? Atau kalian memilih menjadi air
yang lembut…menitis satu persatu lalu
melekukkan batu?

Sudah terbukti banyak dalam kisah hidup
manusia dahulu dan kini. Kelembutan
boleh melembutkan hati yang keras, dan
kekerasan boleh mengeraskan hati yang
lembut. Wahai isteri-isteri sekalian,
sabar merupakan senjata ampuh. Tak guna
kita menyebut kesabaran kita sudah
sampai ke kemuncaknya. Bersabarlah
terus …kerana di dalam sabar ada nikmat
yang tak terhingga. Kemanisan yang
lebih man is dari segala manisan di atas
dunia. Senyum dan ketawalah kepada masalah.
Walaupun ia sebesar dan seteguh
Everest..

nescaya engkau akan dapati gunung
masalah itu tersenyum kepadamu,
mengeci l dan mengecil lalu hilang. Seboleh
mungkin, pertahankan rumah tangga
kalian. Masalah-masalah dan konflik
yang d ihadapi, tidaklah di luar pengetahuan
Allah . DIA MAHA TAHU!!! Rasionallah.
Kuku hkan kembali ikatan dan simpulan
hatimu dengan Allah. Masalah dan
penderitaanmu akan diselesaikan
oleh Nya.
Tetapi ingat, janganlah kita
memaksa-maks a dan mengarahkan Allah
berbuat begini dan begitu. Kerana apa
yang Allah beri itulah yang terbaik.
Pintalah yang terbaik di sisi-Nya.
Berdoal ah dengan penuh adab, jiwa
hamba, mengharap hanya padanya. Bertaubatlah
dari dosa-dosa.

Wa hai perempuan-perempuan akhawaat
akhirah sekalian, leburkanlah dirimu di
dalam kesabaran menghadapi ujian. Kau
akan dapati di sana ada permata dan
berlian berharga yang tiada tara
nilaiannya. Tidak dapat dibeli oleh
seluruh langit dan bumi serta segala
isinya. Kau akan temui Redha-Nya, dan
kau juga akan meredhainya. Barulah kala
itu kau ketahui suami hanyalah satu
sebab atau alat memperolehi Cinta-Nya.

Wa hai perempuan, pertahankan imanmu.
Gigitlah sunnah Rasul SAW
sekuat-kuatny a. Tidak ada yang lebih
berharga dari iman, walau terpaksa kita
gadaikan segalanya. Semoga kita kekal
di atas landasan iman. Jangan bersedih
lagi, sekejap saja lagi, masalah akan
hilang. Kerana dunia ini sekejap
sahaja.Bittawfiq..

** mesej ini di kirimkan kepada saya oleh seorang sahabat suatu ketika dulu.. namun diabaikan dek nafsu menguasai diri.. namun.. mesej ini buat saya merenung kembali akan kelalaian saya pada masa lampau.. di saat saya menginsafi semuanya.. saya bersyukur kerana masih belum terlambat untuk saya.. Alhamdulillah saya masih di beri kesempatan untuk membetulkan setiap kesalahan yang telah saya lakukan..

** saya juga berharap kawan-kawan, sahabat-sahabat, akhawat-akhawat sekalian, sama2 lah bangkit mencari sebanyak mana ilmu untuk menjadi muslimah sejati, anak yang solehah, isteri yang solehah selagi masih diberi kesempatan.. wallahualam..

** BeRiKaN HaTi Mu HaNYa UnTuK ALLAH.. PaSTi NuRaNi Mu TeNaNg DaRi KeLuH KeSaH.. HaMPaRKaN MaSa Mu HaNYa UnTuK ALLAH.. PaSTi PeLaYaRaN JuRaNg Mu MeNDaPaT ReDHa-Nya.. IngaT ALLAH.. DoaKaN ISLAM!!

BiDaDaRi SYuRGa

Mereka sangat cantik, memiliki suara-suara yang indah dan berakhlak yang mulia. Mereka mengenakan pakaian yang paling bagus dan siapa pun yang melihat diri mereka pasti akan digelitik kerinduan kepada mereka, seakan-akan dia sudah melihat secara langsung bidadari-bidadari itu. Siapapun ingin bertemu dengan mereka, ingin bersama mereka dan ingin hidup bersama mereka.

Semuanya itu adalah anugerah dari ALLAH Subhanahu wa Ta’ala yang memberikan sifat-sifat terindah kepada mereka, yaitu bidadari-bidadari syurga. ALLAH Subhanahu wa Ta’ala menyifatkan wanita-wanita penghuni syurga sebagai kawa’ib, jama’ dari ka’ib yang bermaksud gadis-gadis remaja. Yang memiliki bentuk tubuh yang merupakan bentuk wanita yang paling indah dan sesuai untuk gadis-gadis remaja. ALLAH Subhanahu wa Ta’ala menyifatkan mereka sebagai bidadari-bidadari, kerana kulit mereka yang indah dan putih bersih.

Aisyah RadhiAllahu anha pernah berkata: “warna putih adalah separuh keindahan”

Bangsa Arab biasa menyanjung wanita dengan warna putih. Seorang penyair berkata:

Kulitnya putih bersih ghairahnya tiada diragukan
laksana kijang Makkah yang tidak boleh dijadikan buruan
dia menjadi perhatian karena perkataannya lembut
Islam menghalanginya untuk mengucapkan perkataan jahat

Al-’In jama’ dari aina’, maksudnya wanita yang matanya lebar, yang berwarna hitam sangat hitam, dan yang berwarna puith sangat putih, bulu matanya panjang dan hitam. ALLAH Subhanahu wa Ta’ala menyifatkan mereka sebagai bidadari-bidadari yang baik-baik lagi cantik, iaitu wanita yang mempunyai semua kecantikan lahir dan batin. Ciptaan dan akhlaknya sempurna, akhlaknya baik dan wajahnya cantik menawan. ALLAH Subhanahu wa Ta’ala juga menyifatkan mereka sebagai wanita-wanita yang suci.

Firman ALLAH Subhanahu wa Ta’ala, yang bermaksud: “Dan untuk mereka di dalamnya ada isteri-isteri yang suci.” (QS: Al-Baqarah: 25)

Makna dari Firman diatas adalah mereka suci, tidak pernah haid, tidak buang air kecil dan besar serta tidak kentut. Mereka tidak diusik dengan urusan-urusan wanita yang menggangu seperti yang terjadi di dunia. Batin mereka juga suci, tidak cemburu, tidak menyakiti dan tidak jahat. ALLAH Subhanahu wa Ta’ala juga manyifatkan mereka sebagai wanita-wanita yang di simpan di dalam rumah. Maksudnya mereka hanya berhias dan bersolek untuk suaminya. Bahkan mereka tidak pernah keluar dari rumah suaminya, tidak melayani kecuali suaminya. ALLAH Subhanahu wa Ta’ala juga mensifati mereka sebagai wanita-wanita yang tidak liar pandangannya. Sifat ini lebih sempurna lagi. Oleh karena itu bidadari yang seperti ini diperuntukkan bagi para penghuni dua syurga yang tertinggi. Diantara wanita memang ada yang tidak mahu memandang suaminya dengan pandangan yang liar, kerana cinta dankeredhaanya, dan dia juga tidak mahu memandang kepada laki-laki selain suaminya.

Sebagaimana yang dikatakan dalam sebuah syair: Ku tak mau pandanganmu liar ke sekitar jika kau ingin cinta kita selalu mekar.

Di samping keadaan mereka yang di puja di dalam rumah dan tidak liar pandangannnya, mereka juga merupakan wanita-wanita gadis, berghairah penuh cinta dan sebaya umurnya.

Aisyah RadhiAllahu anha, pernah bertanya kepad Rasululloh Shallallahu’alaihi wasallam,“Wahai Rasululloh Shallallahu’alaihi wasallam, andaikata engkau melewati kawasan rumput yang pernah dijadikan tempat menggembala dan kawasan rumput yang belum pernah dijadikan tempat mengembala, maka dimanakah engkau menempatkan unta gembalamu?”

Baginda menjawab,”Di tempat yang belum dijadikan tempat gembalaan.”

(Ditakhrij Muslim) Dengan kata lain, beliau tidak pernah menikahi perawan selain dari Aisyah.

Rasulullah Shallallahu’alaihi wasallam bertanya kepada Jabir yang menikahi seorang janda, yang artinya: "Mengapa tidak engkau nikahi wanita gadis agar engkau boleh mencandainya dan ia pun mencandaimu?” (Diriwayatkan Asy-Syaikhany)

Sifat bidadari penghuni syurga yang lain adalah Al-’Urub, jama’ dari al-arub, yang bermaksud mencerminkan rupa yang lemah lembut, sikap yang wajar, perlakuan yang baik terhadap suami dan penuh cinta. Ucapan, tingkah laku dan gerak-geriknya sangat sopan.

Al-Bukhary berkata di dalam Shahihnya, “Al-’Urub, jama’ dari tirbin. Jika dikatakan, Fulan tirbiyyun”, ertinya Fulan berumur sebaya dengan orang yang dimaksudkan. Jadi mereka itu sebaya umurnya, sama-sama masih muda, tidak terlalu muda dan tidak pula tua. Usia mereka adalah usia remaja. ALLAH Subhanahu wa Ta’ala menyerupakan mereka dengan mutiara yang terpendam, dengan telur yang terjaga, seperti Yaqut dan Marjan. Mutiara diambil kebeningan, kecemerlangan dan kehalusan sentuhannya. Putih telor yang tersembunyi adalah sesuatu yang tidak pernah dipegang oleh tangan manusia, berwarna puith kekuning-kuningan. Berbeza dengan putih murni yang tidak ada warna kuning atau merehnya. Yaqut dan Marjan diambil keindahan warnanya dan kebeningannya.

Semoga para wanita di dunia ini mampu memperoleh kedudukan untuk menjadi Bidadari-Bidadari yang lebih mulia dari Bidadari-Bidadari yang tidak pernah hidup di dunia ini. Wallahu A’lam...

Monday, June 16, 2008

LiDaH SeNJaTa TeRSeMBuNYi

Kata laknat yang sudah menjadi sebahagian dari bahasa Indonesia mempunyai dua makna dalam bahasa Arab iaitu bermakna mencerca, yang kedua bermakna pengusiran dan penjauhan dari rahmat Allah.Ucapan laknat ini sering kita dengar dari orang-orang di kalangan kita dan sepertinya saling melaknat merupakan perkara yang biasa bagi sementara orang, padahal melaknat seorang Mukmin termasuk dosa besar.

Tsabit bin Adl Dlahhak radhiallahu ‘anhu berkata :

“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda : ‘Siapa yang melaknat seorang Mukmin maka ia seperti membunuhnya.’ ” (HR. Bukhari dalam Shahihnya 10/464)

Ucapan Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam : ((“Fahuwa Kaqatlihi”/Maka ia seperti membunuhnya)) dijelaskan oleh Al Hafidh Ibnu Hajar Al Asqalani rahimahullah dalam kitabnya Fathul Bari :

“Karena jika ia melaknat seseorang maka seakan-akan ia mendoakan kejelekan bagi orang tersebut dengan kebinasaan.”

  • Sebahagian wanita begitu mudah melaknat orang yang ia benci bahkan orang yang sedang berdekatan dengannya, sama saja apakah itu anaknya, suaminya, haiwan atau selainnya.
  • Sesungguhnya tidak layak seseorang yang mengaku dirinya Mukmin namun lisannya terlalu mudah untuk melaknat. Sebenarnya perangai jelek ini bukanlah milik seorang Mukmin, sebagaimana Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda :

“Bukanlah seorang Mukmin itu seorang yang suka mencela, tidak pula seorang yang suka melaknat, bukan seorang yang keji dan kotor ucapannya.”

(HR. Bukhari dalam Kitabnya Al Adabul Mufrad halaman 116 dari hadits Abdullah bin Mas’ud radhiallahu ‘anhu. Hadits ini disebutkan oleh Syaikh Muqbil bin Hadi Al Wadi’i hafidhahullah dalam Kitabnya Ash Shahih Al Musnad 2/24)

  • Dan melaknat itu bukan pula sifatnya orang-orang yang jujur dalam keimanannya (shiddiq), karena Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda :

“Tidak pantas bagi seorang shiddiq untuk menjadi seorang yang suka melaknat.” (HR. Muslim no. 2597)

Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda :

“Orang yang suka melaknat itu bukanlah orang yang dapat memberi syafaat dan tidak pula menjadi saksi pada hari kiamat.” (HR. Muslim dalam Shahihnya no. 2598 dari Abi Darda radhiallahu ‘anhu)

Perangai yang buruk ini sangat besar bahayanya bagi pelakunya sendiri. Bila ia melaknat seseorang, sementara orang yang dilaknat itu tidak layak untuk dilaknat maka laknat itu kembali kepadanya sebagai orang yang mengucapkan.

Imam Abu Daud rahimahullah meriwayatkan dari hadits Abu Darda radhiallahu ‘anhu bahwasannya Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda :

“Apabila seorang hamba melaknat sesuatu maka laknat tersebut naik ke langit, lalu tertutuplah pintu-pintu langit. Kemudian laknat itu turun ke bumi lalu ia mengambil ke kanan dan ke kiri. Apabila ia tidak mendapatkan kelapangan, maka ia kembali kepada orang yang dilaknat jika memang berhak mendapatkan laknat dan jika tidak ia kembali kepada orang yang mengucapkannya.”

Kata Al Hafidh Ibnu Hajar hafidhahullah tentang hadits ini : “Sanadnya jayyid (bagus). Hadits ini memiliki syahid dari hadits Ibnu Mas’ud radhiallahu ‘anhu dengan sanad yang hasan. Juga memiliki syahid lain yang dikeluarkan oleh Abu Daud dan Tirmidzi dari hadits Ibnu Abbas radhiallahu ‘anhuma. Para perawinya adalah orang-orang kepercayaan (tsiqah), akan tetapi haditsnya mursal.”

Ada beberapa hal yang dikecualikan dalam larangan melaknat ini yakni kita boleh melaknat para pelaku maksiat dari kalangan Muslimin namun tidak secara ta’yin (menunjuk langsung dengan menyebut nama atau pelakunya). Tetapi laknat itu ditujukan secara umum, misal kita katakan : “Semoga Allah melaknat para pembegal jalanan itu… .”

Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam sendiri telah melaknat wanita yang menyambung rambut dan wanita yang minta disambungkan rambutnya.

Beliau juga melaknat laki-laki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai laki-laki dan masih banyak lagi. Berikut ini kami sebutkan beberapa haditsnya :

“Rasulullah Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam melaknat wanita yang menyambung rambutnya (dengan rambut palsu/konde) dan wanita yang minta disambungkan rambutnya.”

(HR. Bukhari dan Muslim dalam Shahih keduanya)

Beliau Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam mengabarkan :

“Allah melaknat wanita yang membuat tato, wanita yang minta dibuatkan tato, wanita yang mencabut alisnya, wanita yang minta dicabutkan alisnya, dan melaknat wanita yang mengikir giginya untuk tujuan memperindahnya, wanita yang merubah ciptaan Allah Azza wa Jalla.”

(HR. Bukhari dan Muslim dari shahabat Ibnu Mas’ud radhiallahu ‘anhu)

“Allah melaknat laki-laki yang menyerupai wanita dan wanita yang menyerupai laki-laki.”

(HR. Bukhari dalam Shahihnya)

Dibolehkan juga melaknat orang kafir yang sudah meninggal dengan menyebut namanya untuk menerangkan keadaannya kepada manusia dan untuk maslahat syar’iyah. Adapun jika tidak ada maslahat syar’iyah maka tidak boleh, Nabi Shallallahu ‘Alaihi Wa Sallam bersabda :

“Janganlah kalian mencaci orang-orang yang telah meninggal karena mereka telah sampai/menemui (balasan dari) apa yang dulunya mereka perbuat.”

(HR. Bukhari dalam Shahihnya dari hadits ‘Aisyah radhiallahu ‘anha)

Setelah kita mengetahui buruknya perangai ini dan ancaman serta bahayanya yang bakal diterima oleh pengucapnya, maka hendaklah kita bertakwa kepada Allah Ta’ala. Janganlah kita membiasakan lisan kita untuk melaknat karena kebencian dan ketidaksenangan pada seseorang. Kita bertakwa kepada Allah Ta’ala dengan menjaga dan membersihkan lisan kita dari ucapan yang tidak patut dan kita basahi selalu dengan kalimat thayyibah. Wallahu a’lam...