Wednesday, March 17, 2010

Dengarlah Wahai Suami Ku Sayang

Sekarang ini, ramai para suami yang ambil mudah dan mengabaikan tanggungjawabnya sebagai ketua keluarga. Sikap ambil mudah dan tidak peduli suami ini menyebabkan banyak masalah rumahtangga yang timbul. Rumah tangga yang sepatutnya menjadi tempat istirehat, tempat bermesra, tempat mendapat kasih sayang, tempat yang dapat memberikan ketenangan pada si isteri dan si suami, telah menjadi sebaliknya. Tiada lagi harmoni, tiada lagi ketenangan, tiada lagi kebahagiaan yang dapat dirasai dalam kebanyakan rumahtangga sekarang. Mengapa ini terjadi?

Salah satu punca utama yang menyebabkan kita tidak dapat merasai ketenangan, tidak merasai kebahagiaan dalam hidup berumahtangga ialah kerana disebabkan kegagalan suami berperanan sebagai suami yang mithali.

Berikut adalah 21 pesanan isteri kepada suami, yang saya kira perlu diambil perhatian serius oleh semua yang bergelar suami. Baca dan cubalah amalkan setakat yang termampu.

1. Selalulah menghargai usaha dan penat-lelah isteri, terutama isteri yang bekerja dan sama-sama terpaksa menanggung hutang suami.

2. Bila isteri bercakap, pandanglah mukanya dan buka telinga luas-luas. Biar apa yang dikatakannya masuk telinga kanan dan tersumbat di telinga kiri. Sambil tu otak suami kenalah memproses informasi yang diterima daripada isteri dengan bijak serta prihatin.

3. Jangan sekali-kali membandingkan masakan isteri atau cara isteri menghias rumah dengan mak anda kecuali masakan/cara menghias isteri anda lebih baik dan canggih daripada emak anda.

4. Jangan demand seks sekiranya isteri tak ada mood atau letih. Agama suruh kahwin bukan sernata-mata untuk penuni nafsu syahwat saja.

5. Kalau pasangan dah ada anak, sama-samalah menjaga anak. Benih daripada suami juga. Ada suami, isteri sedang makan disuruh cebok kencing-berak anak sedangkan suami duduk tersandar kekenyangan macam maharaja.

6. Jangan sekali-kali duduk tersandar depan TV atau relak-relak sedangkan isteri bila balik dari kerja, buka saja kasut terus masuk dapur, memasak, mengemas, membasuh, kejar anak dan sebagainya. Berbulu mata dan sayu hati isteri bila kami tak cukup tangan nak menguruskan rumah tangga sedangkan suami lepas tangan.

7. Sekiranya suami makan dahulu, tinggalkan sedikit lauk untuk isteri. Jangan bedal semua, sampai giliran isteri yang tinggal ekor ikan sekerat, janggut sotong, ekor tauge. Frust, tau tak!

8. Kalau nak ajak member ke rumah, beritahu isteri dulu, kalau boleh sehari-dua lebih awal. Jadi bolehlah dia memasak yang best-best dan mengemas rumah cantik-cantik. Bayangkan perasaan isteri kalau tetamu datang terpacak sedangkan kain-baju masih berlonggok belum sempat dilipat, permainan anak masih berselerak dan isteri Cuma masak mi segera saja (bukan soal malas masak tapi nak tolong
jimatkan perbelanjaan keluarga)

9. Jangan sekali-kali menyakat isteri tentang saiz badannya yang sihat atau semakin melidi. Tengok body sendiri dalam cermin dulu.

10. Jangan kentut depan isteri. Hairan ya, masa bercinta dulu kenapa boleh kontrol kentut?

11. Hormatilah ibu-bapa dan ahli keluarga isteri walaupun anda cuma main wayang bodek mereka masa nak rnengurat isteri anda dulu. Jangan sekali mencaci mereka walaupun secara bergurau.

12. Jangan kedekut dengan isteri serta keperluan rumah tangga. Sekali atau berkali-kali kala tolonglah membeli minyak masak, bawang, lada, sayur dan sebagainya.

13. Jagalah maruah anda sebagai suami dan lelaki. Selagi boleh, Jangan bebankan isteri dengan masalah kewangan anda. Selalunya perempuan ni, semakin suami”degil” tak nak minta pertolongan. Selagi itulah dia rela nak tolong (lainlah kalau anda kahwin dengan perempuan kedekut!.

14. Jangan bersepah dan bersikap pengotor. Dah buka baju, letakkan dalam bakul baju kotor, dah cungkil gigi, buanglah dalam bakul sampah, bila dah guna ubat gigi, bubuh, balik penutupnya, dah ambil sesuatu barang, simpan balik di tempat asal. Susah sangat ke?

15. Rajin-rajinlah bertanya isteri kalau dia perlukan bantuan anda dengan kerja rumah/menjaga anak. Tapi jangan tanya dua tahun sekali. Jangan tunjuk rajin bila ada tetamu di rumah saja.

16. Hormatilah isteri anda sebagaimana anda mahu dihormati. Mereka pun manusia. Allah berikan banyak keistimewaan kepada para isteri tapi diputar-belitkan tafsirannya oleh orang lelaki untuk kepentingan diri sendiri.

17. Jangan main kayu tiga. Main lain lagi tak boleh. Kalau isteri anda yang buat, tentu anda tak boleh nak bertolak ansur. Jadi mengapa isteri anda kena bertolak ansur kalau anda buat?

18. Kalau isteri nampak tak sihat, cepat-cepatlah bawa jumpa doktor. Tunjuk-lah anda mengambil berat tentang dirinya.

19. Berusahalah dengan ikhlas untuk mempertahankan keharmonian rumah tangga. Jangan buat apa yang isteri tak suka. Percayalah, kalau suami buat baik sekali dengan isteri, isteri balas sepuluh kali.

20. Berbincanglah dengan isteri sebelum sesuatu keputusan dibuat. Walaupun suami megah ada kuasa veto, tak Jadi bapok kalau pendapat isteri diambil kira. Pokok pangkalnya ialah timbang rasa dan saling menghargai. Cubalah ketepikan ego yang keterlaluan. Bukannya laku bila dah mati nanti.

21. Jangan buat tak tahu kalau isteri merajuk atau berkecil hati. Kalau perlu minta maaf, minta maaf, kalau perlu pujuk, pujuk. Hati orang perempuan ni sensitif. Kalau isteri rasa suami tak ambil kisah, perasaan bagai dihiris-hiris. Perkara yang dipandang remeh oleh suami boleh menjadi kanser kepada isteri. Kepada para suami khususnya dan kaum lelaki amnya, janganlah dianggap masalah hati dan perasaan orang perempuan ni enteng sahaja. Kalau kita orang semua pakat mogok, anda juga yang rugi!

Artikel ni saya copy sepenuhnya dari web ni..
http://pakarhowto.com/PesananUntukSuami.pdf

Untuk Blog yang dah Bersawang

Setelah sekian lama menyepi…alhamdulillah aku masih di beri kesempatan untuk mengupdate blog ni..rindu sangat ngan blog ni..tapi tuntutan tanggungjawab perlu di utamakan…lagipun, xtau ape nak tulis untuk update blog ni..xd masa nak search isu2 terkini…tengah bercuti seminggu ni la aku berkesempatan untuk mencari beberapa artikel yang agak berkaitan dengan kehidupan aku sekarang ni…kire isu semasa jugak la yer..hihi…

Artikel ni dah lame dah jumpe, post kat blog, sebagai rujukan untuk diri sendiri jugak la…semoga bermanfaat….insyALLAH…

PESANAN RASULULLAH KEPADA PUTERINYA

SAIDATINA FATIMAH AZ-ZAHRAH R.H

v Nabi SAW bersabda kepada puterinya; Hai Fatimah, setiap isteri yang membuatkan tepung untuk suami dan anak-anaknya, maka Allah mencatat baginya memperoleh kebajikan dari setiap butir biji yang tergiling, dan menghapus keburukannya serta meninggikan darjatnya.

v Hai Fatimah, setiap isteri yang berkeringat di sisi alat penggilingnya karena membuatkan bahan makanan untuk suaminya, maka Allah memisahkan antara dirinya dan neraka sejauh tujuh hasta.

v Hai Fatimah, setiap isteri yang meminyaki rambut anak-anaknya dan menyisirkan rambut mereka dan mencucikan baju mereka, maka Allah mencatatkan untuknya memperoleh pahala seperti pahala orang yang memberi makan seribu orang yang sedang kelaparan, dan seperti pahala orang yang memberi pakaian seribu orang yang telanjang.

v Hai Fatimah, tetapi yang lebih utama dari semua itu adalah keridhaan suami terhadap isterinya. Sekiranya suamimu tidak meridhaimu, tentu aku tidak akan mendo'akan dirimu. Bukankah engkau mengerti, hai Fatimah, bahawa ridha suami itu menjadi bahagian dari ridha Allah, dan kebencian suami merupakan bahagian dari kebencian Allah.

v Hai Fatimah, manakala seorang isteri mengandung, maka para malaikat memohon ampun untuknya, dan setiap hari dirinya dicatat memperoleh seribu kebajikan dan seribu keburukannya dihapus. Apabila telah mencapai rasa sakit (menjelang melahirkan) maka Allah mencatatkan untuknya memperoleh pahala seperti pahala orang-orang yang berjihad di jalan Allah. Apabila ia telah melahirkan, dirinya terbebas dari segala dosa seperti keadaannya setelah dilahirkan ibunya.

v Hai Fatimah, setiap isteri yang melayani suaminya dengan niat yang benar, maka dirinya terbebas dari dosa-dosanya seperti pada hari dirinya dilahirkan ibunya. Ia tidak keluar dari dunia (yakni mati) kecuali tanpa membawa dosa. Ia menjumpai kuburnya sebagai taman surga. Allah memberinya pahala seperti seribu orang yang berhaji dan berumrah, dan seribu malaikat memohonkan ampunan untuknya hingga kiamat. Setiap isteri yang melayani suaminya sepanjang hari dan malam hari disertai hati yang baik, ikhlas dan niat yang benar, maka Allah mengampuni dosanya. Pada hari kiamat kelak dirinya diberi pakaian berwarna hijau, dan dicatatkannya untuknya pada setiap rambut yang ada di tubuhnya dengan seribu kebajikan, dan Allah memberi pahala kepadanya sebanyak seratus pahala orang yang berhaji dan berumrah.

v Hai Fatimah, setiap isteri yang tersenyum manis di muka suaminya, maka Allah memperhatikannya dengan penuh rahmat.

v Hai Fatimah, setiap isteri yang menyediakan diri tidur bersama suaminya dengan sepenuh hati, maka ada seruan yang ditujukan kepadanya dari langit. "Hai Wanita, menghadaplah dengan membawa amalmu. Sesungguhnya Allah telah mengampuni dosa-dosamu yang berlalu dan yang akan datang."

v Hai Fatimah, setiap isteri yang meminyaki rambut suaminya demikian pula janggutnya, mencukur kumis (misai) dan memotong kuku-kukunya, maka Allah kelak memberi minum kepadanya dari rahiqil makhtum (tuak jernih yang tersegel) dan dari sungai yang ada di syurga. Bahkan Allah kelak akan meringankan beban sakaratul maut. Kelak dirinya akan menjumpai kuburnya bagaikan taman surga. Allah mencatatnya terbebas dari neraka dan mudah melewati sirath (titian). Wallahu’lam.....

Atas kesedaran ini, saya tahu ramai wanita diluar sane tu berusaha untuk menjadi isteri seperti ini, walau penat mana pun para isteri di luar rumah, di rumah die tetap IKHLAS menjalankan tanggungjawab sebagai isteri. Jadi, para suami patut lebih memahami isteri yang bekerja seperti anda, isteri yang kepenatan mungkin tidak dapat berfikir dengan rasional, silap ckit nak merajuk, mintak dipujuk, mintak dimanjakan..suami yang bekerja pon kenelah faham jugak, kalo isteri merajuk atau melenting tu, bukan saje2, beri isteri anda masa untuk menenangkan fikiran die..jangan la bile isteri anda merajuk, anda pulak nak marah... walau sensitive mana pon isteri anda, ketahuilah bahawa die sangat ikhlas menunaikan tanggungjawab kepada anda...

Sekadar Perkongsian Untuk Muslimat.........

Friday, December 25, 2009

PeNGanTiN 2 MiNGGu

ASSALAMUALAIKUM.......ALHAMDULILLAH....sudah 2 minggu aku bergelar isteri kepada seorang suami...tak tahu nak tulis ape ni...saje nak mengupdate blog...sudah 2 entry mendahului suami aku...huhu...xd la nak cakap besau...saje nak men'challenge' jer..huhu...

Seminggu lepas majlis kenduri...stay kat Terengganu...tak cukup rasa nya seminggu...mane nak kemas umah...nak memenuhi undangan lagi...paling best tau x ape...pengantin baru ni kene basuh periuk besau...huhu...dek kerana cbok...tiga hari pas kenduri baru berkesempatan membasuh periuk nye...dah le 2 biji plak tu..ape lagi......gosok..jangan x gosok...gosok..sampai berkilat..hihi..
Lame gak la nak mengilatkan periuk yang hitam nye bleh tahan tu...huhu..lupe nak amek gambau plak..kalo x, bleh la di jadikan bukti...hihi...

Tak tau cm mana perasaan ketika bergelar raja sehari tu...sangat penat..dari pagi..eh..kalo pengantin pempuannye dari malam sebelum majlis dah cbok kat lokasi..kalo ikut kan proses nye..seminggu majlis dah mula kan operasi...mengecat bilik...cat sendiri tau...panjat2 lagi..huhu.. bile semua benda di lakukan sendiri ni..rasa la jugak seronok nye..puas hati walaupun x la secantik kalo orang pakar yang wat kan...satu hari cat bilik.. di bantu oleh teman setia yang sentiasa menanyakan khabar tentang persiapan majlis..kadang2 rasa die plak yang semangat.. aku ni, bese la..ilek aje memanjang...Dah puas kene bebel, baru terhegeh-hegeh nak wat itu la ini la..huhu...begitu la pengalaman nye...sape yang dah kawen tu, mesti pernah rasa pengalaman cam tu gak kan..mesti ada la cite suka duka...kawen ni kan satu perkara yang indah dalam hidup, mesti la nak buat betul2...alhamdulillah, akhir nya aku dapat rasa gak pengalaman tu sendiri... Perasaan tak puas hati..sedih...gembira...kene marah...kene bebel...dalam tempoh persiapan tu la...hum...bile ingat kembali...kenangan je semua tu.....

Hum...tu cite pengantin pempuannye...pengantin lelaki nye?? mesti ada jugak cerita tersendiri nye...cbok jugak la walaupun x sesibuk pihak pempuan, cabaran nye pihak husband aku ni, adik beradik sume laki, nak mengemas tu, harap kan mak nye aje...kesian la jugak..so, husband aku ni byk berdikari sendiri la jugak untuk majlis kitorang ni..terharu2...huhu...
Sehari sebelum majlis pihak lelaki dah bertolak ke Terengganu...perjalanan mengambil masa yang agak lame dari biasa kerana rombongannye diiringi satu bas dan satu kereta..kul 9 pagi baru sampai di tempat penginapan..kul 10 dah akad nikah..x sempat rehat..ksian...

Event pagi tu di rumah pengantin pempuan ialah khatam al-quran..pas tu terus siap2 untuk ke masjid...dah nak jadi isteri orang la...kecut perut di buat nye...sepanjang perjalanan, kawan aku ni la asyik mengingat kan aku, selawat, doa banyak..maklum la dalam kelam kabut cm tu, tak tau nak pk ape dah...risau aje...huhu..time kasih la kepada kawan aku tu...teman setia dari sekolah rendah lagi...merangkap jiran dan setiausaha penuh sekretariat pelaksana majlis perkahwinan Amir dan Izah...huhu...

Masa mula2 sampai kat masjid tu, xd orang lagi...lega la jugak...agak tenang ckit nant masa akad nikah....alahai...x sampai 5 minit dah kene serbu...paling belakang je...mak ai...ramai nye...kawan2 pon dah ada yang sedia menanti...yang jauh ada, yang dekat pon ada..ngan sedara mara kedua belah pihak lagi...risau kan bakal husband, takut die gabra plak nak akad nanti kan... kang kene ngulang 2 3 kali plak..huhu...tapi...tup2...siap bleh senyum plak depan tok imam tu...betapa ilek nye husband aku tuh...huhu...mesti die ada la tu nak di kongsi pengalaman dan perasaannya saat berdepan dengan tok imam tu dalam blog die nnt...huhu..

Dah selesai akad...bese la..ada plak kene pose macam2...ni yang lemah ni..aku ni kayu ckit bab2 bergambar ni...husband aku tu apetah lagi..huhu...tapi, la ni dah pandai dah..."betul x sayang..."tengok la gambar kawin kitorg,hihi...

Hum....kalo nak cite sume, esok pon x habis aku menaip ni..kang x makan la husband aku tu jawab nye..huhu...

Memang x jangka la, ramai sangat kawan2 datang..yang dari IPIS..kawan2 lame..yang jauh, yang dekat..ramai sangat...x terlayan pengantinnye...2 orang je kan pengantinnye...nak bergambar la, nak bersalam la..huhu...meriah...seronok sangat walaupun letih, penat...

Di kesempatan ini juga lah...aku dan my husband mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kawan2...especially kawan sekelas...yang sanggup datang dari jauh...terharu sangat... kepada semua kawan2 juga...my roomate juga...terima kasih tak terhingga...kepada semua yang datang...yang memeriahkan majlis kami...tak lupa juga..kepada kawan2 yang menghantar mesej...sehari sebelum majlis dah bertalu-talu mesej selamat pengantin baru...yang tak terbalas tu...yang mengirimkan hadiah tu...terima kasih la...kami mintak maaf...yang tak terlayan masa majlis hari tu, kami juga mintak maaf...kalo ikut kan hati, memang nak bagi layanan sebaik mungkin kepada kawan2...ye la, kite dah jemput, tak kan la nak layan lebih kurang plak kan...tapi, setakat itu je lah yang dapat kami berikan kepada semua....mungkin ada juga tetamu yang tak dapat buah tangan ke...ish3....mintak maaf le...tetamu lain juga ada la bercakap2...ramai sungguh kawan2 yang datang...tengok hadiah je dah tau...bangga dapat kawan2 cam korang...insyALLAH..kalo ada yang jemput..walimah korang nanti, kami sedaya upaya untuk menghadirkan diri...

Seminggu di Terengganu..setiap hari kami menerima undangan dari sedara mara...tradisi kami, pengantin baru di jemput ke umah untuk meraikan especially menantu lah...datang tu, siap ada makan2 lagi...nak balik tu, ada plak buah tangan...seminggu menziarah...sedozen lebih jugak la husband aku mengumpul kan kain pelikat...huhu...

Hari sabtu berikut nya...kami bertolak ke Melaka...sebab isnin nye hari jadi mak mertua, bese nye di raikan bersama2...jadi, husband aku pon sedaya upaya la untuk balik seawal mungkin... Kami sampai di Melaka lebih kurang 7.30 malam...alhamdulillah..selamat sampai, xd masalah sepanjang perjalanan kami...sampai umah jer..mak abah mertua belanja makan..meraikan menantunya ni...terima kasih mak..abah...along...adik...

Hari ni...genap 7 hari (seminggu) aku di umah mentua...berkali2 jugak la husband tanya sepanjang perjalanan balik ke Melaka hari tu..."sayang dah bersedia ke"..aku hanya senyum je.. "insyALLAH"...aku dah beberapa kali jumpa dengan family die sebelum kahwin dulu, walaupun x berapa rapat sangat, tapi kenal la..adik beradik nye 3 orang je..sume teruna...mak abah..

Alhamdulillah...seminggu di sini..xd masalah..boleh sesuaikan diri dengan cara hidup keluarga mentua...memang x same dengan cara hidup kat Terengganu...tapi, boleh sesuaikan...family nye mudah mesra, xd la kekok...kini, ade la 2 wanita kat umah ni..huhu...2 3 hari baru sampai, x tau nak wat pe..tapi kan...yang best nye.. mak mertua aku sporting habis...tu yang seronok tu..hihi... jangan jelez...mak mertua aku jugak ada jaga 2 orang anak jirannye..Nurin Natasya dan Nurin Nabiha namanya..xd la sunyi sangat hari2 aku di sini...seronok melayan kerenah budak2 kecik tu...huhu...

Masih awal untuk menceritakan pengalaman menjadi seorang isteri...baru 2 minggu..xd ape nak di kongsi...lain la kalo yang dah kawen 2 tahun ke..dah banyak petua2 untuk di kongsi...hanya cerita detik2 indah yang paling bersejarah...majlis kat Melaka, insyALLAH cuti sekolah bulan 6 nanti...rahsia dulu tarikh nye..huhu...jemputannya..terpulang mak abah mertua aku la..kalo kenduri nye besar2an ke..kalo boleh di jemput kawan2 satu batch ke...masih dalam perancangan...

Hum....dah satu hari aku dok menaip blog ni..dari husband aku pegi semayang jumaat...sampai dah malam ni...baru le habis menaip nye..maklum la..banyak benau nak di cerita.."macam karangan budak sekolah" husband aku kate...huhu...lagi pun banyak keje sambilannya..kang nak basuh baju la, berhenti makan la, solat la, baca emel la, tengok facebook la..ni baru balik umah sedara..ada baca ya'asin tadi...haa...ni nak gtau jugak..aku dah ad facebook tau..hihi...mula2 tu aku ngan husband cam x berminat sangat nak join benda ni..tapi, kawan2 plak kate, banyak komen untuk kitorg..upe2nye gambar kahwin kitorg dah tersebar satu Malaysia...oohh..baru ku tau..so, aku pon join la..sooo..gambar2 kawin kitorg bleh la tengok kat facebook aku eh...aziee azizah nama nya...husband aku pon dah join cume belum bergiat secara serius lagi...tunggu je la nanti ye..huhu...hardcopy nye bleh la tengok naik cuti nanti eh...

hum...okey la...last but not least...di kesempatan ini...aku n my husband..ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua kawan2..yang banyak membantu sebelum majlis...yang banyak memberikan sokongan...kepada semua tetamu yang hadir, kepada yang meng'wish'..yang memberi hadiah..yang mengirim hadiah..yang mendoakan..paling tidak di lupakan mak abah (dah ucap secara langsung..)sedara mara, jiran tetangga dan orang2 kampung...bersyukur tidak terhingga kepada yang maha berkuasa atas nikmat yang di kurniakan ini.....

SEMOGA HIDUP KAMI DI LIMPAHI RAHMAT OLEH-NYA...AMIINN... =)

Wednesday, December 16, 2009

ALHAMDULILLAH...

-telah selamat di akad nikah kan... :) -



p/s: post akan datang di ceritakan detik2 indah nye..hehe...

Friday, November 20, 2009

Hari Terakhir.....Detik Terakhir......


ASSALAMUALAIKUM......SELAMAT BERCUTI
buat sahabat2 seperjuangan....spcially sume members IPG... 2 minggu berperang dengan exam...hari ni adalah hari terakhir....haa...dah bercuti panjang la bakal2 cikgu ye....

Cuti2 lame ni, jangan main2 plak...waa...bakal cikgu pon kene pesan gak..cam cikgu pesan kat anak murid die....huhu..ye la..bakal2 cikgu ni muda2 lagi..so, berjiwa muda nih...faham2 la cuti ni..macam2 plan nye ye...

hum....malam ni pon aku nak nek bus dah..nak balik kampung....yeay!! balik kampung...ooo...balik kampung...huhu...

Cuti ni cuti yang paling bermakna...maskudnye xde la cuti kosong je cam tahun2 sebelum ni..... ala..cuti2 kosong...cam aku ni...bagi la cuti 2 bulan ke 3 bulan ke...kat umah aje la...tak umah sendiri, umah nenek, umah mak cik..jenuh la abah aku dok ulang alik amek aku, hantar aku.. kang seminggu dok umah mak cik tu lah..minggu depan nak g umah mak cik cne plak...kang umah nenek plak...ish3....cm tu la rutin aku setiap kali cuti panjang hujung semester...
tapi...cuti hujung semster ni....rutin hidup aku akan berubah secara drastik...macam mimpi menjadi realiti pon ada gak..walaupun aku langsung tak pernah mimpi kan ape2 untuk cuti hujung semester 2009....

Namun...takdir menentukan segala2 nya...insyALLAH cuti kali ini..akan lebih bermakna bersama orang baru...orang baru yang akan hadir dalam hidup aku...selama2nya...insyALLAH....
segala persiapan hampir siap sepenuhnya...persiapan terakhir..dan menunggu detik terakhir...
aku bakal bergelar ISTERI......

ISTERI......akhirnya aku bakal memegang status itu...bergelar isteri dalam usia masih muda... memegang status sebagai seorang pelajar juga....tak tergambar rasanya dalam fikiran ku..tak tergambar dalam hati ini...berkali-kali aku seolah2 tidak percaya dengan apa yang akan aku lalui...betul ke dengan keputusan yang di ambil ni?? sudah bersediakah aku?? mampukah aku??
Inilah kenyataannya...realiti...bukan lagi mimpi...kat IPG ni macam x terasa sangat 'feel' nak kawen ni...maklum la baru lepas habis exam ni...kuar enjoy dengan kawan2...tapi, dalam enjoy2, seronok2 tu...ada la kawan2 ngusik2..membuat kan aku cam terpk seketika...bile dok sorang2.. macam2 la di fikir kan...sebelum kawen ni pon...dah berpuluh2 ucapan 'tahniah' dari kawan2.. tahniah bakal melangkah ke alam baru...alam yang menjanjikan keseronokan orang kate, maklum la dulu sorang, sekarang berdua..so, berdua lebih baik kan..seronok la tu...tapi... tak semudah yang di ucap kan...dalam keseronokan tu..aku x lupe pesan2 dari orang2 yang berpengalaman...dalam keseronokan tu..banyak dugaan dan cabarannya...lebih2 lagi..2 2 masih belajar...masih muda...kene banyak pertimbangan rasional nya dalam semua hal.....

huuuu......kadang2 mengeluh...namun kata mak....buat ape nak mengeluh...ini jalan yang kamu 2 orang dah pilih, dah setuju..susah senang..masa akan datang, sama2 la tempuh..tak baik nak megeluh..biar ape orang kate..susah nak belajar ke, nak tunaikan tanggugjawab sebagai suami/ isteri ke...situasi kite tak same dengan orang...panjang bebelan mak masa aku amek cuti 4 hari, balik kampung...hum..bukan mengeluh pon sebenarnya..cume bile pk banyak nye nak kene uruskan untuk majlis kawen ni..ye la sume kene buat sendiri, uruskan sendiri...kadang2 terasa la susahnye,beratnye..tensyennye...dengan kene pulun nak exam lagi...namun...alhamdulillah...segalanya berjalan lancar...hampir 70% sudah di bereskan....tinggal 30% peratus untuk aku dan sayap2 kiri kanan aku menyiap kan nya sebelum majlis...semoga ALLAH permudah kan segala nya...3 minggu bercuti ni..manfaat kan betul2...untuk menyiapkan apa2 yang patut...amek masa untuk bersedia dari segi mental dan fizikal nya...dan...saat2 terakhir sebagai seorang anak dara juga...paling penting 3 minggu ni, aku akan manfaatkan betul2 masa bersama keluarga..mak abah adik2....apabila menjadi isteri.. aku adalah milik suami ku sepenuh nya...aku hanya anak kapal yang wajib mentaati segala arahannya sebagai nakhoda...akan aku turuti segala perintah nya..agar kapal yang sedang belayar tidak karam di tengah2 jalan..insyALLAH....


***********************
Segalanya aku pohon pada DIA yang maha kuasa...kami hanya merancang yang terbaik..namun DIA lah sebaik2 perancang dan sebaik2 pelaksana...hanya doa yang berterusan menjadi senjata utama kami sebagai hambaNYA....

************************

Semoga niat suci kami mengakhiri hubungan kami ni dengan akad nikah di berkati dan di rahmati ALLAH...Doakan semoga segala urusan di permudah kan..dan doakan kami berbahagia hingga akhir hayat...AMIIN....

Saturday, October 31, 2009

Semoga Taubat Ku di terima...




TAUBAT SEORANG HAMBA

Hati hiba mengenangkan....
dosa-dosa yang ku lakukan...
Oh Tuhan.....maha kuasa...
terima taubat hamba berdosa....

ku akui......kelemahan diri...
ku insafi.....kekurangan ini...
ku kesali...kejahilan ini...
terima lah..terima lah...terima lah...
taubat ku ini.....

telah aku merasakan...
derita jiwa dan perasaan..
kerna hilang dari jalan...
menuju redha Mu ya Tuhan.....

ku akui....kelemahan diri...
ku insafi...kekurangan ini...
ku kesali...kejahilan ini....
terima lah...terima lah...terima lah...
taubat ku ini....

di hamparan ini ku meminta....
moga taubat ku di terima....

(***) ku akui...kelemahan diri...
ku insafi...kekurangan ini...
ku kesali...kejahilan ini...
terima lah...terima lah...terima lah...
taubat ku ini.....

ulang (***)