HaTi iTu uMPaMa KaCa, JaNGaN BiaR Ia ReTaK... AKaL iTu uMPaMa aiR, JaNGaN BiaR Ia KeRiNg.. IMaN iTu uMPaMa DeBu, JaNGaN BiaR Ia HiLaNg.. PeRSaHaBaTaN iTu PuLa uMPaMa TaLi, JaNGaN BiaRKaN ia PuTuS...
Wednesday, March 18, 2009
10 CARA MEMBINA MOTIVASI DIRI
Sebelum mengambil sebarang langkah, duduk sejenak. Tarik nafas panjang dan lepaskan sekali gus. Kemudian pejamkan mata. Beri salam kepada diri sendiri dan katakan, “Hai, engkau dijadikan bukan untuk menjadi lemah.”
Kemudian bangkitlah dan cuba lakukan perkara-perkara berikut:
1. Perbaiki imej anda
Cuba lakukan sedikit perubahan. Kalau selama ini anda tidak kisah kalau seluar yang di pakai selama seminggu dan tidak bergosok, cuba kali ini menukarnya selalu dengan pelbagaikan warnanya.
Kalau selama ini jarang mengenakan tali leher, kenakan tali leher, tukar gaya menyikat rambut dan sangkutkan pen berjenama mahal di poket. Ubah gaya jalan anda, sesuai dengan attire baru yang anda kenakan.
Jika anda wanita, tukar imej kusam kepada kemas, elegan dan aktif. Perkemaskan juga wajah anda dengan solekan ringan. Kenakan warna-warna ceria pada pakaian anda; pada baju dan tudung. Hiasi jari dengan sebentuk cincin untuk menambah seri.
Jangan terlalu pendiam tetapi jangan pula terlalu bising. Bersikap sederhana dan ringankan mulut jika orang meminta pendapat dan diam ketika orang bercakap hal-hal sensitif seperti politik dan lain-lan.
2. Lakukan senaman ringan
Tubuh yang lemah, lembik dan lembam boleh dipulihkan dengan melakukan sedikit gerakan tubuh. Tidak perlu melakukan senaman-senaman berat kerana itu akan menyebabkan tubuh anda letih. Keletihan akan menyebabkan anda kembali tidak bermaya. Malah mengikut kajian, bukan semua orang sesuai melakukan senaman berat, sesetengah orang, atas sebab-sebab kesihatan dan fizikal semulajadinya lebih digalakkan supaya tidak bersenam dengan berat.
Senamkan juga minda anda dengan membaca atau mencuba sesuatu yang berhalangan. Bermain computer game mungkin salah satu caranya tetapi untuk lebih santai, senamkan minda dengan membaca, merenung, mempersepsi dan membuat ta’akulan.
3. Senyum
Senyuman boleh mengubah segala-galanya. Dalam mood yang tidak baik, memang agak sukar melakukan ini, tapi ingat jika anda senyum pulangannya serupa. Hadiahkanlah senyuman kepada seseorang, anda mungkin mendapat senyumannya balik. Jika anda memasamkan muka, orang lain juga akan memasamkan muka mereka terhadap anda.
Sifir kehidupan ini mudah, anda berbuat baik kepada orang lain, anda akan dibalas kebaikan yang sama atau mungkin yang lebih baik. Jika anda berbuat jahat kepada orang lain, anda akan mendapat balasan yang serupa atau lebih teruk. Dosa dibalas dengan Neraka, kebaikan dibalas dengan Syurga. Tidakkan itu adil??
4. Berfikiran positif
Berfikiran positif membolehkan minda anda mengeluarkan arus alpha iaitu arus kecemerlangan untuk membina kejayaan.
Berfikiran positif juga membuatkan perkara yang sukar menjadi senang, masalah bertukar menjadi peluang, masa depan kelihatan cerah dan insyALLAH rezeki pun akan meluas.
Fikiran-fikiran positif itu adalah doa berpanjangan yang kita panjatkan. Selama kita berfikiran positif, selama itulah menjadi pengharapan yang amat besar terhadap ALLAH.
Berfikiran positif bakal melahirkan idea-idea positif. Idea-idea positif akan melahirkan tindakan-tindakan yang positif. Tindakan-tindakan yang positif selalunya membuahkan kejayaan dan kecemerlangan.
5. Dapatkan tidur yang mencukupi
Runsing, marah-marah mahupun pengur kadangkala disebabkan keletihan akibat tidak mendapat rehat yang mencukupi. Berehatlah seenaknya dan jika perlu, tidur.
Kita memang memerlukan tidur yang berkualiti untuk mendapatkan kesegaran tubuh yang betul. Kalau telur ayam pun boleh digredkan mengikut kualitinya, dengan demikianlah hal-hal yang berkaitan dengan manusia, termasuklah tidur. Tidur-tidur ayam adalah tidur yang tidak berkualiti dan menyebabkan minda terdera serta tidak mendapat rehat yang secukupnya.
Tidur yang tidak berkualiti akan mencetuskan arus theta atau arus delta, dua arus kemunduran.
6. Luahkan pada seseorang
Anda memerlukan seorang sahabat ketika anda berasa tidak stabil seperti ini, bahkan ketika dalam suasana-suasana yang biasa pun anda memerlukan seorang sahabat. Sahabat adalah seorang yang amat memahami anda dan sedia menjadi sahabat biar dalam keadaan apa sekalipun.
Seorang kawan boleh meninggalkan anda dalam keadaan demikian tetapi tidak jika dia bernama sahabat. Seorang sahabat adalah seseorang yang sudi berkongsi masalah anda serta sentiasa berdiri di sisi anda dengan nasihat-nasihatnya yang bak mutiara itu. Pilihlah sahabat yang baik, berbudi dan beriman kerana ciri-ciri yang ada pada dirinya itu adalah cermin keperibadian anda juga.
Adakah anda sahabat yang di cari?? Sudahkah anda menemui seorang sahabat yang setia??
7. Curahkan di atas kertas
Curahkan semua yang merunsingkan fikiran anda itu ke atas kertas. Curahkan segala-galanya tanpa tertinggal satu pun. Kemudia bakar dan hanyutkan ke sungai. Terasa lega??
Adalah lebih baik juga jika anda mempunyai diari rahsia yang boleh mendengar dan menjadi tempat untuk anda meluahkan perasaan. Tidak kira sama ada perasaan gembira atau sedih. Diari adalah sahabat yang sangat jujur dan setia. Rahsia antara anda dengan ‘dia’ sahaja.
8. Bersedia untuk berubah
Jangan teraga-agak untuk melakukan perubahan. Jika orang lain boleh, mengapa anda tidak?? Apa istimewanya orang lain, sedang anda juga makhluk ALLAH yang dikurniakan dengan pelbagai kelebihan dan keistimewaan-keistimewaan tertentu.
Bulatkan hati, kuatkan tekad dan oraklah langkah tanpa menoleh ke belakang lagi. Tanpa berkalau-kalau lagi. Lakukan perubahan dengan sepenuh hati dan lihatlah hasilnya nanti.
Kejayaan selalunya berkait rapat dengan kesungguhan. Kesungguhan pula bermula daripada hati yang bulat dan tekad yang padu. Semuanya ini hanya akan menjadi jika anda benar-benar ada kesediaan untuk melakukan perubahan. Semuanya saling berkait-kait dan bertimbal-balik.
9. Cari kegemaran baru
Sesetengah daripada kesukaan kita akan sampai kepada penghujungnya. Dalam perkataan lain, setiap kegemaran kita ada jangka hayatnya. Kalau dulu sewaktu kecil kita sangat suka bermain bola sepak, sekarang tidak lagi. Mungkin sewaktu di universiti kita cukup gemar berpersatuan, sekarang tidak lagi. Mungkin juga sewaktu remaja kita galak bercinta sekarang nurani itu sudah tiada lagi, berganti dengan matlamat membina kecemerlangan keluarga.
Semuanya dalam hidup kita ada jangka hayatnya yang tersendiri. Begitu juga dengan usia kita. Apabila sampai pada penghujung hayat, kita akan meninggalkan alam ini.
Hobi juga begitu. Maka apabila anda mula merasakan hidup ini mulai kosong, carilah kegemaran-kegemaran baru. Tidak salah bermain game misalnya, untuk melihat apakah minat anda boleh tumbuh di sini. Begitu juga tidak salah memelihara akan hiasan untuk melihat apakah hobi baru ini boleh memberi kesenangan kepada anda.
10. Bertegaslah
Bertegaslah dengan diri anda sendiri. Apabila anda mengambil satu-satu keputusan anda berpegang teguh pada keputusan itu dengan meletakkan sepenuh kepercayaan bahawa anda akan berjaya. Apabila anda mengatakan pada diri sendiri untuk kembali ceria, bertegaslah untuk terus berkata begitu walaupun kadangkala perasaan anda seperti dibuai-buai untuk mengatakan anda sedang bad mood sekarang.
Bertegas pada diri bukan ertinya anda tidak boleh memanjakan diri sendiri. Sekali-sekala layanlah diri anda sendiri sebagaimana anda melayani tetamu. Pergi makan-makan di tempat mewah dan berikan hadiah pada diri sendiri. Itu pun salah satu cara menghargai diri sendiri.
Jika anda sendiri tidak selesa untuk menghormati diri anda, apakah wajar anda mengharap demikian daripada orang lain??
HIDUPKAN SEL OTAK KANAN
Otak kanan pula melibatkan imaginasi, khayalan, berfikir secara kreatif, irama, emosi, ilham, intuisi, gerak hati, warna, muzik, berfikir secara keseluruhan dan lain-lain aktiviti yang seumpama dengannya.
Sebagaimana tangan harus digunakan kedua-duanya untuk mendapat gerak-laku yang terbaik, demikian juga otak. Kita diberikan dua telinga untuk menyeimbangkan pendengaran, diberi dua mata untuk lebih fokus, diberikan dua kaki untuk lebih pantas, kita juga diberikan dua otak untuk lebih berfungsi sebagai insane yang stabil, pintar dan seimbang.
Bagaimanapun, otak kanan yang kuat menjadi kurang bermakna jika memiliki otak kiri yang lemah. Jadi, kita perlu meningkatkan fungsi otak kanan tanpa mengabaikan otak kiri.
Bagaimanakah otak kanan boleh dikuatkan? Dalam perkataan lain, bagaimanakah sel-sel otak kanan boleh dihidupkan? Ada banyak cara dan disarankan supaya kita banyak melakukan aktiviti yang menggabungkan potensi penglihatan, gerak geri jari, bahasa tubuh dan juga pendengaran.
1. Hayatilah kisah sejarah. Mengapa sejarah? Sejarah membebaskan minda kita mereka gambaran-gambaran silam mengikut pengetahuan yang tersimpan olehnya. Membina gambaran ini datangnya dari otak kanan.
2. Bebaskan kejumudan anda dengan mengambil tahu hal-hal semasa dan sekeliling.
3. Memberikan saranan kendiri ataupun bermonolog.
4. Banyakkan mencuba sesuatu yang berhalangan seperti ekspedisi, mengembara, bermain computer game dan aktiviti-aktiviti lasak.
5. Sertai seminar, forum, pameran, ekspo dan cari peluang agar suara anda di dengar.
6. Menatap, merenung dan membaca al-Quran.
7. Cuba berfikir secara kreatif, analitis ataupun lateral.
8. Sering melakukan latihan pendengaran, penglihatan, pergerakan, penghiduan dan merasa secara imaginasi.
9. Bertafakur dan berfikir tentang makhluk ALLAH dan alam semesta.
10. Bermain catur atau sesuatu yang mencabar minda.
11. Suka berfikir dengan bertanya kepada diri sendiri dengan menggunakan kata kunci Asibidibam-apa, siapa, bila, di mana, bagaimana dan mengapa.
Sunday, March 1, 2009
DI SAAT HAMPIR DATE LINE…..
CARA MENGURUS KEMARAHAN
1) Memahami apa yang mencetusnya serta manfaat jangka pendeknya
Kita perlu memahami dan mengenalpasti pencetus-pencetus yang boleh jadikan kita hilang akal seperti kata-kata tertentu orang, tabiat orang, tidak bertoleransi dan sebagainya. Manfaat atau kebaikan yang boleh didapati daripada pelepasan kemarahan kita ialah mungkin seperti berikut:
a) Saya rasa lega
b) Orang mendengar saya
c) Rasa seperti diri sebenar lepas marah
d) Jika tidak marah saya akan menangis sahaja
e) Melaui kemarahan orang tahu pendirian mereka
f) Kemarahan menghilangkan perasaan takut
g) Jika saya tak marah orang akan fikir saya lemah
Manfaat-manfaat kemarahan ini adalah jangka pendek sahaja. Sebenarnya ia boleh dicapai melalui cara lain yang lebih asertif. Melepaskan kemarahan membawa berkat yang sementara sahaja. Pada jangka panjang ia akan menjejaskan perhubungan kita.
2) Belajar menenangkan diri dalam situasi genting
Bila perasaan marah timbul kita boleh
a) Gantinya dengan aktiviti lain seperti memandang pada benda dan bukan orang, memikir tentang apa yang kita lakukan pada hari ini atau menerangkan suasana bilik kepada diri sendiri atau membilang sampai 10.
b) Mengelakkan melalui meninggalkan tempat itu atau minta diri untuk berfikir
c) Menukarkan ritma otak seperti mendengar muzik atau lakukan senaman
d) Guna teknik relaks seperti menarik dan menahan nafas selama 5 saat
e) Kecut dan regangkan otot selama 5 saat
g) Urut bahagian dada dan perut
h) Ubah cara duduk dan regangkan bahu
i) Berimaginasi tentang pemandangan yang tenang atau yang neutral atau ketawa pada diri sendiri kerana situasi itu
3) Belajar cara atau strategi untuk mengelak kemarahan kelak
a) Mengenalpasti samada kemarahan kita itu sihat atau tak sihat iaitu membina atau destruktif
b) Elak daripada menggunakan dadah atau alcohol untuk melupakan sesuatu
c) Baca dan menambahkan ilmu tentang pengurusan kemarahan
d) Bincang dengan orang lain yang berjaya menguruskan kemarahan mereka
e) Ubah kepada gaya hidup yang lebih sihat dan kurang stress
f) Sentiasa menahan dan mencabar setiap pemikiran yang membawa kemarahan
g) Sedari tentang kemarahan yang tersembunyi dalam sindiran atau peril
h) Belajar menjadi lebih asertif atau hadiri kursus untuk menambah kemahiran asertif
i) Meneliti segala punca kemarahan dari dahulu
j) Berbincang dengan kaunselor atau pakar psikologi
k) Menghadiri kursus mengurus kemarahan
Mengikut pakar psikologi marah adalah emosi sekunder. Di belakang emosi marah ini terdapat emosi primer seperti keresahan, duka, hampa, kehilangan, takut dan sebagainya yang terbit kerana sesuatu keperluan tidak diselesai atau dicapai. Sebenarnya kemarahan ini menjejaskan peluang kita untuk mencapai sesuatu keperluan itu. Bila kita dapat mengenalpasti keperluan-keperluan ini kita dapat berusaha untuk mencapainya dan dengan itu kemarahan dapat dikawal atau diurus dengan sihat.
Emosi marah adalah satu fenomena rasional yang berlaku di otak kiri kita. Untuk mengurusnya kita perlu menggunakan kedua-dua bahagian otak, khasnya otak kanan dan bahagian lain otak berkenaan dengan emosi untuk mengecam dan sedar bila perasaan marah muncul. Dengan demikian kita dapat menangani kemarahan dengan cepat dan mengekalkan ketenangan kita.
“Angry people are those who are most afraid……”
-Robert Anthony-
“Orang yang paling kuat adalah orang yang dapat menahan kemarahannya…..”
-Imam AL Ghazali-
CIRI-CIRI ORANG YANG BERKECERDASAN EMOSI TINGGI
2) Dapat membezakan pemikiran dengan perasaan
3) Bertanggungjawab atas perasaan sendiri
4) Gunakan perasaannya untuk membantu membuat keputusan
5) Menghormati perasaan orang lain
6) Dapat berasa bertenaga dan bukan dikawal oleh kemarahan
7) Mengesahkan perasaan orang lain dengan menunjukkan empati, pertimbangan dan penerimaan perasaan orang lain
8) Berlatih untuk mendapatkan nilai positif daripada emosi negatif
9) Tidak mengarah, mengkritik, mengadili atau mengherdik orang lain
10) Tidak menghiraukan orang yang tidak menerima atau menghormati perasaannya
Monday, January 5, 2009
ADIK NAK ABAH…. ADIK NAK ABANG….
-19 NOVEMBER 2008, 14:59 p:m; RABU –
Suasana redup menyelubungi rumah Kak Esah pada petang itu.. kesian anak kecil yang berusia lebih kurang 4 tahun lebih itu. Tiada siapa yang mempedulikan tangisannya.. aku lihat dia menyorok di balik pintu.. mana mungkin mak dan kakaknya berkesempatan memujuknya sedangkan mereka juga berada dalam keadaan yang amat sedih.. aku menjengukkan kepala untuk melihat apa yang sedang di buat oleh kanak-kanak itu.. dia duduk mencangkung sambil menundukkan kepalanya dan menekup mukanya di atas kedua lututnya. Tangisannya yang teresak-esak hampir tidak kedengaran lagi.. lalu, aku menghampirinya.. lama aku memerhatikan kanak-kanak itu, dia sedikit pun tidak menunjukkan sebarang reaksi.. aku memegang tangannya dan menariknya ke atas ribaan ku, lalu mendukungnya.. dia hanya menurut.. membawanya keluar rumah adalah jalan terbaik untuk memujuknya.. lama kemudian, aku sudah tidak mendengar tangisannya. Dia hanya melentokkan kepalanya ke bahu ku.. Sudah penat barangkali.. aku mendukungnya sambil berjalan-jalan mengelilingi halaman rumahnya.. keluarga kak Esah memang berada dan amat pemurah.. sebab tu ramai jiran-jiran datang menziarah di saat-saat mereka dalam kesusahan..
Aku mulakan perbualan dengan anak itu dengan menanyakan namanya. Walaupun sememangnya aku dah tau namanya, maklumlah dah lama berjiran, masakan nama anak jiran pun aku tak tahu. Aku juga dah tahu apa yang telah terjadi dalam keluarga mereka pada awal pagi itu, menyebabkan mak dan aku bergegas ke rumah mereka. Sebagai jiran yang paling dekat, tanggungjawab kami sekeluarga membantu apa yang termampu akan di laksanakan sebaik mungkin..
“erm.. siapa nama?” tanyaku sekadar untuk melihat reksinya. Lama baru dia menjawab, “Aishah”, jawabnya ringkas. “oooh, Aisah.. cantik namanya.. panggil adik ye?” Tanya aku lagi. Dia mengangguk.. “kenapa adik nangis kat belakang pintu tadi? Adik lapar ke? Tak makan lagi?” Tanyaku berbasi-basi. “adik nak abah.. adik nak abang..” Aishah menangis..
Aku: Abah ngan abang pergi mana?
Aishah: Abah ngan abang dah tak de. Tadi diorang tidor dalam bilik.
Aku: Sekarang, diorang pergi mana?
Aishah: Tak tahu..
Aku: Owh.. Abah ngan abang pergi jumpa tuan die. Tuan die panggil nak bagi upah, dah lame dah abah ngan abang keje kan.
Aishah: Nanti abah ngan abang dapat duit banyak-banyak ke kak? Bile abah ngan abang nak balik jumpe adik lagi?
Aku memikirkan jawapan yang sesuai untuk anak sekecil ini. Dalam usia yang belum pon memulakan alam persekolahan, die mungkin tidak mengerti apa-apa kalo aku beritahu tentang Qada’ dan Qadar ALLAH.. Aku membiarkan je Aishah menangis teresak-esak atas bahu ku. Mungkin terasa rindu dengan ayah dan abang kesayangannya..
“Adik.. adik tau tak, abah dengan abang pergi jumpe tuan die.. jauh sangat.. Abah ngan abang adik baik sangat, selalu pergi masjid, suke tolong kawan-kawan adik, suke tolong akak, suke tolong ayah akak. Nanti abah ngan abang mesti seoronok jumpe tuan die. Dapat makan sedap-sedap, dapat duit banyak,” pujuk aku lagi.
Namun, air matanya masih lagi terasa mengalir di bahu ku.. aku cuba memujuk lagi.. “Adik nak jumpe ngan abah ngan abang adik tak?”
“nak, nak, nak,” wajahnya yang comel menunjukkan sedikit kegembiraan.
“kalau adik nak jumpe abah, nak jumpe abang… adik kene jadi macam diorang la.. kene rajin ngaji, kene dengar cakap mak ngan kak long, kene buat baik pada kawan-kawan, tau,” terang ku panjang lebar.
“nanti adik boleh jumpe abah ngan abang lagi ye? Nanti abah boleh belikan baju banyak-banyak untuk adik ye? Nanti abang boleh main-main ngan adik lagi ye?” Tanyanya dengan wajah yang ceria.
“InsyALLAH, tapi adik tak boleh nangis tau” aku menundukkan kepala sambil tersenyum melihat wajah comel itu.
“Nape mak ngan kak long nangis?” Tanya adik lagi.
“erm.. mak ngan kak long nangis sebab tengok adik nangis la. Kalo adik tak nangis kat belakang pintu tadi, mesti mak ngan kak long tak nangis jugak,” jawab ku selamba.
Adik tertawa mendengar jawapan aku yang seolah-olah menyindirnya barang kali.
Aku ikut tersenyum.. nampaknya jawapan aku tadi membuatkan adik berhenti menangis. Die hanya termenung sambil kepalanya masih lagi di bahu ku.. aku membiarkan saje perlakuannya.. mungkin dia rasa berteman diperlakukan seperti itu..
Kesian.. dalam usia yang begitu kecil, yang baru nak merasai kasih sayang mak dan ayah, sudah kehilangan orang-orang yang tersayang. Aku perlu berusaha menceriakan anak kecil ini dan akan menemaninya supaya die boleh lupakan tentang ayah dan abangnya buat sementara waktu.
Lama aku termenung memikirkan nasib kanak-kanak comel ni, aku harap die boleh menerima kenyataan ni bile die dah besar sikit nanti. Abah dan abangnya pergi menghadap Ilahi dalam keadaan tenang, pada pagi jumaat, penghulu segala hari. Aku doakan Pak Mail dan abang Afiq di tempatkan di kalangan orang-orang yang soleh.. Amin.. al-Fatihah..
Tanpa di sedari, air mata mengalir di pipi. Mujurlah Aishah tidak menyedari. Aku lihat dia telah lena di bahu ku. Aku bahagia melihat keadaanya seperti itu. Semoga engkau lebih tabah, adik ku..
Mimpi Atau Realiti???
-19 NOVEMBER 2008, 6;26 a;m, RABU-
ASSALAMUALAIKUM…..
AKU TAKUT!!!!!!!!!!!!!!!!!! Masih terbayang-bayang lagi di kepala ku, tibe2 air yang pasang menenggelamkan keluarga aku yang tersayang, mak, abah, kakak dan adik perempuan aku, bersama-sama beberapa umat Islam lain sewaktu tidur di atas satu batu di satu tempat lapang. Tempat tu seperti tempat air terjun, bawah satu jambatan, tempat yang teduh, tempat yang lapang, ade jugak beberapa orang tengah tidur, termasuk mak, abah, kakak dan adik perempuan aku, termasuk jugak aku. di bawah batu2, di bawah jambatan ade air.. itu kan tempat air terjun, memang la ade air, tapi air tu tenang jer.. arghh!!! Tak dapat aku bayangkan dengan kata2 macam mana tempatnya.. kalo ade orang yang ingin lukiskan tempat yang aku ceritakan, mungkin aku boleh ceritakan dengan lagi terperinci… .. Di sebelah sana jugak, ade beberapa orang sedang khusyuk melakukan ibadat kepada ALLAH.. bersolat, berzikir.. aku kire semua yang berada di tempat tu adalah orang ISLAM… semua berpakaian serba putih.. yang perempuan semua lengkap bertelekung… tibe2 aku sedar dari tidur, suasana sunyi walaupun ramai yang sedang melakukan aktiviti mereka sama ada secara bersendirian ataupun beramai-ramai.. aku bangun dan berjalan di kawasan sekeliling, di tempat orang yang sedang melakukan ibadat, sedang bersolat.. sedang aku leka melihat seorang yang berjanggut panjang melakukan solat.. tibe2 aku tersentak!! Aku lihat beberapa orang yang berpakaian serba putih dihanyutkan air, aku lihat ada yang seperti sedang tidur, tenang jer wajahnya.. mereka terbaring di atas batu, batu tu yang menghanyutkan mereka mengikut arus air yang tenang itu.. batu itu terapung, dihanyutkan air semakin menghampiri tempat beberapa orang yang sedang tidur tadi.. tenang jer arusnye namun cukup kuat untuk meruntuhkan batu konkrit.. kemudian, batu konkrit yang menampung batu2 besar tadi tibe2 runtuh dan hampir meneggelamkan semua yang sedang tidur tadi.. aku tengok, kemudian berlari ke arah ahli keluarga aku, untuk mengejutkan mereka dan memberitahu apa yang aku lihat.. aku sempat mengejutkan kakak aku namun langsung tiada tindak balas.. aku kesal… tibe2 air telah sampai ke atas tempat yang orang2 sedang tidur, aku berlari ingin mengejutkan mak dan abah aku.. namun, arus itu terlalu tinggi sehingga hampir menenggelamkan aku.. aku lihat beberapa orang yang sedang melakukan aktiviti tadi kelam kabut menyelamatkan diri, namun beberapa orang yang sedang tidur tadi seolah2 redha dengan arus yang ingin menenggelamkan mereka.. aku terus berlari ke tempat selamat sambil mata ku sudah berlinang air mata dan memanggil mak, abah, kakak dan adik…
Tibe2 aku terjaga… ya ALLAH!!! Aku bermimpi rupanya.. aku tengok jam di skrin telefon bimbitku.. jam menunjukkan pukul 5.49 pagi.. ku kira sekejap lagi azan subuh akan berkumandang, namun bilik mak dan abah aku dah cerah di terangi cahaya lampu.. aku tau mak aku dah bangun dan sedang bermunajat kepada ALLAH… itulah rutin harian orang tua ku.. walaupun ku kira usia mak belum pon sampai separuh abad, namun mak rajin bersolat dan berpuasa sunat, selalu ke pengajian membetulkan bacaan al-Quran, dan pergi ke ceramah2 agama.. itulah rutin mak aku sebagai seorang suri rumah sepenuh masa.. mak seorang yang rajin menuntut ilmu agama.. kalau nk di bandingkan dengan aku.. nama jer pelajar sekolah agama, bakal ustazah, insyaALLAH.. namun selalu tertipu dengan keduniaan… abah aku masih lagi bekerja untuk menyara 2 orang adik aku yang masih bersekolah…
Badan aku seram sejuk mengingatkan mimpi yang baru sebentar tadi aku alami.. aku amat menyayangi keluarga aku.. di usia aku awal 20-an, masih memerlukan kasih sayang dan mebuntukan semangat serta sokongan mak dan abah.. saban waktu aku sms mak dan abah mintak nasihat dan supaya mereka mendoakan aku berjaya dalam pelajaran dan hidup.. aku masih belum bersedia menerima kehilangan mereka.. lama aku termenung memikirkan mimpi tadi, mungkin ade sesuatu dari mimpi tu.. walaupun sekadar mimpi.. ade jugak orang kate mimpi tu satu petanda, ade jugak yang berpendapat mimpi tu hanya mainan tidur.. aku ambil semuanya sebagai satu iktibar.. saat azan dilaungkan, aku bingkas bangun menunaikan tuntutan Ilahi, mengerjakan solat subuh, dan bertaubat kepada ALLAH atas dosa yang telah aku lakukan… aku sedar, sejak dua hari lalu aku dah melakukan dosa besar.. aku insaf.. aku bertaubat.. syukur aku masih diberi kesempatan untuk bertaubat.. kalo aku mati sebelum sempat aku bertaubat dari dosa besar yang telah aku lakukan… Nauzubillah!!!