Sunday, December 12, 2010

12/12/10............1st Anniversary

Buat Suami ku…..

Sayang mengutus sajak buat abang

Sebagai tanda kesyukuran atas kurniaan

Menjadi zaujah kepada seorang mujahid

Yang tidak pernah gentar akan segala dugaan


Kekuatan mu menjadi sumber inspirasi ku

Kebijaksanaan mu menjadi panduan untuk ku

Kelebihan mu menjadi pelengkap hidup ku

Kerana aku di ciptakan menjadi zaujah mu


Suami ku,

Saban hari ucapan maaf ku tuturkan

Setiap hari banyak dosa yang aku lakukan

Namun…kau seorang zauj yang penyabar

Engkau tidak pernah mengeluh

Sabar dengan kerenah zaujah mu


Zauj ku,

Setelah setahun bersama

Aku di layan seperti puteri raja

Di tatang bagai minyak yang penuh

Aku ‘membesar’ dengan kasih sayang yang cukup

Malah di manjakan seperti anak kecil

Yang baru belajar mengenal erti kehidupan

Engkau tidak pernah meninggikan suara

Apatah lagi me’naikkan’ tangan

Aku bahagia di samping mu


Zauj ku,

Setelah setahun melayari bahtera rumah tangga

Suka duka telah kita lalui bersama

Aku mula belajar erti pengorbanan seorang mujahid

Aku mula belajar pengorbanan seorang isteri

Aku mula menghargai pengorbanan seorang suami

Yang tidak pernah berputus asa mencari nafkah

Memberi yang terbaik untuk zaujah mu


Abang,

Terima kasih atas segala pengorbanan

Masa, tenaga, wang ringgit

Tidak akan aku sia-siakan

Semoga aku di beri peluang

untuk berkhidmat kepada mu

sehingga akhir hayat ku


Suami ku,

hanya sajak ini yang mampu aku nukilkan

buat zauj ku yang tersayang

sebagai tanda terima kasih

dan kesyukuran menjadi zaujah mu


Zauj ku,

Semoga kita tidak lupa untuk bersyukur

atas segala kurniaan yang ALLAH berikan ini

semoga kita sekeluarga sentiasa dalam rahmatNYA

semoga kita di kurniakan cahaya mata

yang soleh dan solehah, bijak, sihat, sempurna

dan menjadi mujahid seperti mu

menjadi pengikat kasih antara kita

insyALLAH…….


Zauj ku,

Terimalah sajak ini

Sebagai hadiah

Sempena ulang tahun perkahwinan kita

Yang pertama…………

p/s: jangan nowty2 yer....hehe