Friday, November 19, 2010

Salam Aidil Adha Dari Kami


Selamat Hari Raya Aidil Adha..masih dalam ‘mood’ raya..dah mula bercuti panjang untuk semester ni..nak buat ape ek cuti ni? Cam xd plan best jer…lebih kurang 6 minggu cuti ni..erm….akhir tahun ni ramai la yang akan melangsungkan perkahwinan..huhu..teringat cam tahun lepas..mula cuti je sibuk buat persiapan kahwin..tp xd la cbok sgt pon benanye..hehe..ha ni, ramai la tengah cbok wat persiapan kahwin.. termasuk la sepupu ku dan jugak rakan sekelas ku..tahniah..heheh
Tahun ni beraya haji dengan family mentua..alhamdulillah..seronok sangat raya haji ni, maklumlah baru dapat anak sedara ngan anak sepupu…wah…best2…2 2 pompuan..
Hum…memangnye cuti ni masa untuk cari duit lebih ckit, nak kerja..tapi xtau nak keje ape..sekarang ni wat business baju labuh untuk dewasa, remaja, kanak-kanak dan ibu2..sila lah melawat FB saya yer…
Kami akan balik bercuti di Besut pada 6/12 hingga 17/12, insyALLAH…menghabiskan masa dengan keluarga di kampung lame ckit sebelum mulakan semester baru pada tahun depan. Tahun depan dan semester 7, agak cbok, cuti pon belum tentu boleh balik kampung, dengan kos yang agak tinggi, banyak yang perlu dipertimbangkan..kene betul2 plan belanjawan..huhuhu
Mengikut plan untuk cuti ni, kami nak berniaga baju2 di Pasar Tani kat Melaka, tiap2 minggu akan ulang alik Melaka-Bangi, dengan motor aje lebih jimat minyak ..insyALLAH ada rezeki lebih boleh la buat belanja nak balik Besut nanti..
Tibe-tibe…pada satu pagi..saya dapat tawaran kerja..ngajar ngaji, hafazan n tajwid…alamak!! Cam mana baju2 ku..heheh..okeh, kene musyawwarah semula ni..pendapatannya boleh tahan jugak… “ish,betulkan niat, nak ngajar ngaji kene ikhlas,”kata suami ku..okeh..kite kene ambil kira pro n kontra..dari segi pendapatan n kos yang akan di tanggung.
Bincang punya bincang..musyawwarah..di sini ada dua pilihan..kedua-duanya mempunyai kepentingan dan merupakan keperluan..dulu masa belajar ekonomi, kalo ada 2 barang keperluan, pengguna terpaksa membuat pilihan dan akan ada kos lepas iaitu barang yang perlu dilepaskan kerana telah memilih barang yang lagi satu.
Jadi, kami pon dalam situasi yang sama…keputusannya, kami telah memilih untuk mengajar ngaji, kerana sebab utamanya, kami tidak perlu ulang alik Melaka-Bangi..dengan pendapatan yang tetap, kami boleh plan..keadaan ini pon same situasi dengan orang yang kerja sendiri dan orang yang makan gaji..kalo makan gaji, gaji tetap, semua perbelanjaan harapkan gaji bulanan yang dapat.. tp, berbeza dengan yang kerja sendiri cm berniaga..bergantung pada untung, nasib dan rezeki. Kalau usaha lebih, ade ramai pelanggan, dapat lah rezeki lebih..untung banyak, boleh belanja banyak..huhu
So…dalam konteks ni, kami memilih untuk mendapatkan gaji tetap, dengan mengajar ngaji memandangkan ianya hanya sekitar Bangi..suami saya pon kerap berprogram di Bangi pada hari minggu, dan hanya boleh berniaga pada hari selasa sahaja…erm…hopefully, dengan keputusan yang telah di ambil ni, memberi seribu rahmat kepada kami sekeluarga..insyALLAH
Tahniah…dan selamat menempuh alam rumah tangga kepada kawan2, kakak2 senior, adik2 junior dan specially sepupu ku yang akan melangsungkan perkahwinan pada cuti ni…minta maaf kerana kami tidak dapat memenuhi semua undangan walimatul urus atas beberapa faktor seperti jarak dan masa.
Alhamdulillah, usia perkahwinan kami sudah mencecah 11 bulan 1 minggu pada hari ini..sekejap je rasa..masih dalam ‘mood honeymoon’..semoga perkahwinan kami diserikan dengan cahaya mata yang soleh dan solehah, comel2, sihat2.. dan kekal hingga ke akhir hayat..amiin..